×

HOW TO SHOP

1 Login or create new account.
2 Review your order.
3 Payment & FREE shipment

If you still have problems, please let us know, by sending an email to [email protected] . Thank you!

SHOWROOM HOURS

Mon-Fri 9:00AM - 6:00AM
Sat - 9:00AM-5:00PM
Sundays by appointment only!

FORGOT YOUR DETAILS?

Pengenalan

Anugerah Hijau negeri Melaka merupakan satu platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi, institusi, kerajaan dan swasta serta komuniti yang terlibat dalam melaksanakan inisiatif teknologi hijau di negeri Melaka. Anugerah Hijau Melaka dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) selaku agensi yang bertanggungjawab sebagai peneraju teknologi hijau di negeri ini. Anugerah ini telah dianjurkan sejak tahun 2015.

Objektif

  1. Memberi pengiktirafan kepada agensi, institusi kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan amalan teknologi hijau.
  2. Menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan institusi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan amalan teknologi hijau.
  3. Membudayakan amalan teknologi hijau kepada semua peringkat usia.
  4. Mempromosikan pelaksanaan teknologi hijau di negeri Melaka.

Kategori Anugerah Hijau Melaka 2022

  1. Kategori Pembudayaan Hijau
  2. Kategori Projek Hijau
  3. Kategori Inovasi Hijau
  4. Kategori Program Komuniti Hijau

Muat Turun

Bil Tajuk Muat Turun
1 Brosur Anugerah Hijau Melaka 2022
2 Borang Penyertaan (Lampiran A)
3 Yuran Penyertaan (Lampiran B)
4 Syarat Penyertaan Anugerah Hijau Melaka 2022 (Lampiran 1)
5 Kriteria Penyertaan Mengikut Kategori Anugerah Hijau Melaka 2022 (Lampiran 2)
6 Borang Kriteria (Lampiran 3)

BANGUNAN HIJAU (METERAI HIJAU MELAKA)

Pengenalan

Garis Panduan Meterai Hijau Melaka merupakan alat penarafan bangunan hijau yang telah diperkenalkan sejak Februari 2012 di Melaka. Garis Panduan ini telah dirangka oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bersama Melaka Green Development Organisation (MGDO). Garis Panduan Meterai Hijau Melaka dirangka dengan mengandungi pendekatan pelan perancangan holistik dan mempunyai ciri – ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Garis panduan ini juga berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan Uniform Building By Law (UBBL).

BANGUNAN YANG TELAH MENERIMA PENSIJILAN METERAI HIJAU MELAKA

Sehingga kini terdapat 5 buah bangunan yang telah menerima pensijilan Meterai Hijau Melaka. Bangunan – bangunan tersebut adalah seperti berikut :
  1. Kings Green Hotel (23 Mac 2015)
  2. Bangunan Kawal Selia Solar (25 November 2015)
  3. Bangunan Vista Alamanda, Majlis Perbandaran Jasin (16 November 2016)
  4. Bangunan Pentadbiran & Dewan Citra Kasih, Yayasan Melaka (28 Jun 2018)
  5. Rumah Citra Kasih, Yayasan Melaka (15 Oktober 2020)

GARIS PANDUAN METERAI HIJAU MELAKA EDISI KE -2 TAHUN 2021

Bil Tajuk Muat Turun
1 Versi Bahasa Melayu
2 Versi English

BORANG PENSIJILAN METERAI HIJAU MELAKA

Bil Tajuk Muat Turun
1 Borang Markah Bangunan Bukan Kediaman
2 Borang Markah Bangunan Kediaman
3 Borang MHM 01 (Borang Permohonan)
4 Borang MHM A - Borang Akuan Pelaksanaan
5 Borang MHM 02 - Borang Pengesahan Siap Kerja
6 Borang MHM FI - Borang PembayaranFi

TOP