Perbincangan Bersama British High Commission dan Syarikat Mott Macdonald dari UK
Perbincangan Bersama British High Commission dan Syarikat Mott Macdonald dari UK. Perbincangan ini turut disertai oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohammad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM) dan En Hafizam bin Mustafa (Pengarah Pembangunan PTHM). Perbincangan diadakan di Bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita
Sesi temubual mid-term review bagi program dan projek dibawah geran United Nations Industrial Development Organization
Sesi temubual mid-term review bagi program dan projek dibawah geran United Nations Industrial Development Organization (UNIDO) Sustainable Cities Development in Melaka bersama Dr Joyce Miller. Sesi temubual ini merupakan satu platform bagi pelaksana memberi maklumbalas tentang keberkesanan program dan projek yang dilaksanakan serta kebaikan dan kelemahan yang boleh ditambah baik pada masa hadapan.
- Published in Berita
Sesi perbincangan bagi pelaksanaan Capacity Building & Awareness for Green Building Certification in Melaka
Sesi perbincangan bagi pelaksanaan Capacity Building & Awareness for Green Building Certification in Melaka (Melaka Green Seal) bersama rakan kerjasama Melaka Green Development Organisation (MGDO). Program ini adalah dibawah geran Global Environment Facility (gef-6) bertujuan untuk melatih individu berkelayakan bagi melaksanakan penilaian bangunan hijau serta memberi kesedaran dan perkongsian pelaksanaan pensijilan bangunan hijau di negeri Melaka. Perbincangan berlangsung di Bilik Seminar Perbadanan Teknologi Hijau.
- Published in Berita
Perbincangan bersama Profesor Dr Badrul Hisham bin Ahmad, Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanifa
Perbincangan bersama Profesor Dr Badrul Hisham bin Ahmad, Profesor Madya Mohd Ariff Mat Hanifah (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) dan Hj. Sulaiman Ab Samad (Setiausaha Agong Warisan Ummah Malaysia) bagi perlaksanaan Projek Rintis Nelayan dan Smart Bubu yang dijadualkan pada September 2020.
Perbincangan ini turut disertai oleh En Hafizam bin Mustafa (Pengarah Pembangunan PTHM). Perbincangan diadakan di Bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita
Taklimat Pengurusan Air: Inovasi Penyelesaian Rawatan Sisa Air dan Penjagaan Persisiran Pantai
Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan inisiatif dan inovatif terkini dalam sektor pengurusan air bagi merawat air tercemar dan penjagaan persisiran pantai menggunakan sejenis bakteria iaitu suatu kaedah yang mesra alam yang boleh mengantikan pengunaan bahan kimia yang lazim digunakan bagi merawat air yang tercemar. Teknologi ini juga amat membantu dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar dan penjagaan persisiran pantai.
Taklimat telah diberikan oleh En Nantha Kumar Devanayagam (Pengarah Ecosolus Sdn Bhd). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohammad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM)
- Published in Berita
Perbincangan bersama Malaysian Industry-Government for High Technology (MIGHT)
Perbincangan bersama En. Zulkiflee bin Mohamad dan Ir Qaharudin bin Abdullah daripada Malaysian Industry-Government for High Technology (MIGHT) bagi program GEF6: Sustainable Cities, Smart Grid Demonstration Project
Dipengerusikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka). Bertempat di bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita
Mesyuarat Entrance Conference
Mesyuarat Entrance Conference mengenai penyata kewanganPTHM bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (KPE PTHM) turut hadir didalam mesyuarat tersebut En Azahar bin Mohamed (Timbalan KPE PTHM), Pn Johaniffa (Timbalan Pengarah Jabatan
- Published in Berita
Projek Rintis: Pengurusan Sisa Pepejal Luar Bandar Negeri Melaka
Bengkel berdurasi 2 hari dibawakan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Chemical Bioengineering Technology Melaka (UNIKL MICET) dan di sokong oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Kampung Ayer Merbau, Jasin telah di pilih sebagai kampung rintis bagi pelaksanaan Projek Pengurusan Sisa Pepejal dan pelbagai acara telah dilaksanakan antaranya taklimat pendidikan alam sekitar, pengumpulan minyak masak terpakai, praktikal pengasingan sisa di punca, teknik kompos sisa domestik & sisa cantasan, demostrasi penghasilan bio-arang dan pemeran kesedaran hijau.
Projek rintis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Roslan bin Datuk Hj. Ahmad (Exco Kerjaraya, Pengangkutan, Kemudahan Awam & Infrastruktur Negeri Melaka) diiringi oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka), YBhg Datin Sapiah binti Harun (YDP Majlis Perbandaran Jasin) dan YBrs Dr Raja Nazrul Hakim Raja Nazril (Timbalan Dekan UNIKL).
- Published in Berita
Program Inisiatif Komuniti Hijau Yang di Anjurkan Oleh SWCorp
Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Abdul Ghaffar Bin Atan (Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka). Turut serta YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohammad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM).
- Published in Berita
Pelaksanaan Kerja-Kerja Pembersihan Pejabat PTHM oleh Semua Kakitangan
Turut serta YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohammad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM), En Azahar bin Mohamed (Timbalan Ketua Pengarah PTHM) dan semua kakitangan PTHM.
- Published in Berita