Program Sumbangan Bubur Lambuk Anjuran KPTHM
Program Sumbangan Bubur Lambuk Anjuran KPTHM Sempena Bulan Ramadhan 1442H. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka melalui Kelab Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (KPTHM) telah menganjurkan Program Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2021 / 1442H untuk diedarkan kepada orang ramai di Pekarangan Bangunan Wisma Negeri, Ayer Keroh Melaka pada 29 April 2021 (Khamis). Program anjuran kali pertama oleh KPTHM ini menjadi salah satu acara bagi memeriahkan sambutan Ramadan tahun 2021. Program ini juga bertujuan mengeratkan semangat perpaduan antara anggota KPTHM dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat.Aktiviti memasak bubur lambuk telah bermula seawal jam 10 pagi oleh seluruh anggota KPTHM dan edaran bubur lambuk telah di jalankan diketuai oleh Penaung KPTHM, YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah pada jam 2 petang.Sebanyak 531 bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai yang terdiri dari warga bangunan Wisma Negeri serta orang awam yang berurusan di Wisma Negeri. Sesi agihan tamat pada jam 4.00 petang.#itseasygoinggreen#ilovepthm
- Published in Berita
Program ‘Singgit Seposen’
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan sebuah program komuniti yang dinamakan Program ‘Singgit Seposen’ dimana ianya dijalankan secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) dengan konsep Scan, Drop dan Pay. Program ini merupakan pembelian sisa minyak masak, fabrik dan barangan elektronik yang terpakai daripada orang awam. Selain dari menjaga alam sekitar program ini juga bertujuan untuk mengurangkan sisa di tapak pelupusan sampah dan mendidik orang awam untuk menguruskan sisa buangan dengan lebih teratur.
Terdapat tiga (3) jenis sisa yang boleh dijual iaitu sisa minyak masak, sisa fabrik dan sisa elektronik. Harga pembelian bagi sisa minyak masak ialah RM1.00 sekilogram (RM 1.00 / kg), sisa elektronik RM 0.20 sekilogram (RM 0.20 / kg) manakala sisa fabrik berharga RM 0.10 sekilogram (RM 0.10 / kg).
Terdapat juga sesi taklimat berkaitan pengurusan sisa E-waste, fabrik, minyak masak terpakai, beberapa pameran dari agensi berkaitan dan pelbagai gerai jualan telah dijalankan di dalam program ini.
Program “Singgit Seposen” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ar. Hj. Ismail bin Hj.Othman, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna dan disaksikan oleh YBhg Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
- Published in Berita