Program ‘Singgit Seposen’ Daerah Alor Gajah
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengadakan Program ‘Singgit Seposen’ Daerah Alor Gajah pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) di Dataran Keris, Alor Gajah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah. Program ini dijalankan secara Pandu Lalu (Drive-Thru) yang menggunakan konsep Scan, Drop, Pay bagi memudahkan proses penjualan sisa. Program ini bertujuan untuk mendidik orang awam menguruskan sisa buangan dengan lebih teratur dan membantu komuniti untuk menjana pendapatan sampingan hasil daripada jualan sisa buangan yang boleh dikitar semula.
.
Jom “Like’ & ‘Follow’ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) untuk dapatkan info terkini
.
Facebook – https://www.facebook.com/melaka.greentech.1/
Instagram – https://www.instagram.com/melakagreentech/
Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCm7jBSnL-hjOJQmU4H9v2Iw
.
Terima kasih atas sokongan anda
#itseasygoinggreen #ilovepthm #melakagreentech #MelakaRESPONSIVE #MelakakuMajuJaya #MelakakuMajuJaya
- Published in Berita
Program Green Camp 2022
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah menganjurkan program Green Camp 2022 dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) di Melaka Fruit Farm, Sungai Udang. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM.Program Green Camp ini merupakan satu program akar umbi dirangka dengan memfokuskan kepada sektor-sektor hijau seperti perubahan iklim, pengasingan sisa dari punca dan sisa elektronik, alam semulajadi dan biodiversiti, sektor tenaga serta gaya hidup sihat.
Program ini bertujuan memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar dalam kalangan ahli serta membentuk ahli yang mampu berdikari, berkomunikasi dengan baik dan dapat menyesuaikan diri dalam apa juga situasi sekaligus mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, ia juga mampu memupuk kerjasama bukan sahaja dalam kalangan peserta malah juga bagi guru-guru yang terlibat.Sebanyak 16 buah sekolah rendah di Melaka dengan penyertaan 60 orang pelajar telah menyertai program ini diiringi 4 orang guru pengiring masing-masing dari SK Paya Rumput, SK Gangsa dan SK Dato Demang Hussin serta penglibatan Politeknik Merlimau Melaka sebagai fasilitator bersama.
Antara aktiviti sepanjang program ini termasuklah taklimat, kuiz, permainan outdoor hijau dan pertandingan mereka pakaian dari bahan 3R.Bagi perasmian penutup oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Azahar bin Mohamed, lafaz Ikrar Hijau telah dibacakan oleh adik Muhammad Syahir Afif Bin Tahir dari Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim sebagai tanda komitmen dalam usaha menjaga alam sekitar disertai oleh Encik Mohd Elyia bin Hauzar, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (JPN) dan Puan Siti Rohayu binti Mohd Isa selaku Penolong Pengarah di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Melaka (SWCorp)Pelbagai hadiah telah diberikan semasa perasmian penutup oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Azahar bin Mohamed antaranya Anugerah Pelajar Lelaki Terbaik dan Anugerah Pelajar Perempuan Terbaik yang masing-masing diterima oleh adik Muhammad Aaron Bin Mohd Hafiz Azuan dari Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dan adik Thanmaya Sreelesh dari Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 1.Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar sebagai pelapis barisan kepimpinan negara dalam memastikan elemen-elemen kelestarian diterap dalam jati diri para pelajar.
- Published in Berita
Mesyuarat Cadangan Pemasangan 100kW Solar Panel
Mesyuarat Cadangan Pemasangan 100kW Solar Panel di Bumbung Bangunan Wisma Negeri, Melaka di Bawah Dana Projek Demonstrasi Grid Pintar Anjuran Global Environment Facility (GEF). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif PTHM, Tuan Azahar bin Hj Mohamed dan dihadiri oleh pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), JKR Melaka, Pejabat Tanah dan Galian Melaka, TNBR dan Gading Kencana.
Pemasangan 100kW Solar Panel di Bumbung Wisma Negeri merupakan salah satu sumbangan teknologi pemasangan bumbung solar dibawah komponen Projek Demonstrasi Grid Pintar di Negeri Melaka. Pemasangan ini selari dengan aspirasi kerajaan Negeri Melaka untuk mensasarkan lebih banyak bangunan di Melaka mengambil inisiatif menggunakan Tenaga Solar dan sekali gus meningkatkan penjanaan Tenaga Boleh Baharu di Negeri Melaka. Sama-sama kita mengambil inisiatif menuju kearah mencapai objektif pengurangan pelepasan gas rumah hijau!
- Published in Berita
Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)
Mesyuarat Exit Conference Penyata Kewangan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif) serta dihadiri oleh anggota PTHM bahagian kewangan dan Jabatan Audit Negara AA Associates Chartered Accountants. Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita
Mesyuarat Panel Penilai Anugerah Hijau Melaka (AHM) 2022
Mesyuarat Panel Penilai Anugerah Hijau Melaka (AHM) 2022 yang diadakan pada 21 September 2022 bertempat di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Ahli Jawatankuasa Panel Penilai yang terdiri daripada wakil beberapa agensi dan institusi awam dan swasta telah membincangkan tarikh-tarikh bagi menjalankan audit penilaian Anugerah Hijau Melaka. Anugerah yang telah dianjurkan sejak tahun 2015 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada agensi dan institusi awam dan swasta serta komuniti yang melaksanakan amalan teknologi hijau. Selain itu, anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan institusi dalam pelaksanaan amalan teknologi hijau di Melaka.
- Published in Berita
Bengkel Pengurusan Pelupusan Rekod
Bengkel Pengurusan Pelupusan Rekod. Dijalankan oleh Bahagian Pengurusan serta melibatkan semua anggota PTHM. Bengkel tersebut dijalankan bertujuan untuk melupuskan rekod yang telah lama dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk membuat pelupusan tersebut
- Published in Berita
Latihan Kecemasan Kebakaran Bomba
Latihan Kecemasan Kebakaran Bomba . Latihan tersebut telah dijalankan di seluruh bangunan Wisma Negeri.
- Published in Berita
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU)
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Dan Comdelta Technologies Sdn Bhd. MOU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Ketua Pegawai Eksekutif PTHM dan YBrs. En Affan Haziq bin Zarwavai Ketua Pegawai Operasi Comdelta Technologies Sdn Bhd.Pengenalan produk Integated Smart Solar IOT Led Street Light oleh syarikat Comdelta Technologies Sdn Bhd dilihat dapat mengurangkan penggunaan tenaga memandangkan produk ini menggunakan sumber tenaga boleh baharu iaitu tenaga solar bagi aplikasi lampu jalan.
Semoga kerjasama antara PTHM dan Comdelta Technologies dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan teknologi hijau di negeri Melaka.
- Published in Berita
Pelupusan Aset di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)
Pelupusan Aset di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM). Dijalankan oleh Bahagian Pengurusan di seluruh pejabat PTHM.
- Published in Berita
Majlis Pelancaran ‘Melaka Smart Grid Technology Summit 2022’
YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin mewakili YAB. Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka merasmikan Majlis Pelancaran ‘Melaka Smart Grid Technology Summit 2022’ yang berlangsung di Hotel La Crista Melaka.Acara perasmian ini disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali Pengerusi Bersama (Industri) Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan juga Ms. Katarina BarunicaPengurus Projek dan Pegawai Pembangunan Industri UNIDO bersama wakil-wakil agensi yang lain. Untuk makluman, Projek Grid Pintar ini adalah merupakan satu-satunya projek demonstrasi grid pintar yang sedang giat dibangunkan di Malaysia dan juga di rantau Asia.
Melaka bertuah kerana telah terpilih sebagai lokasi pembangunan Projek Grid Pintar yang dijangkakan berakhir pada Jun 2023. Melaka menyasarkan sebanyak 30,000 buah kediaman di negeri ini akan beralih kepada teknologi Grid Pintar yang membolehkan pengguna menguruskan penggunaan tenaga elektrik dengan lebih berhemah yang memfokuskan kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau.Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) selaku penyelaras projek Smart Grid di peringkat Negeri Melaka dengan kerjasama erat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) merupakan tunjang utama pelaksanaan projek Melaka Smart Grid.
Turut hadir YB Tuan NGWE HEE SEM, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna yang sudi bersama memeriahkan program ini. Semoga dengan usaha ini dapat menjadikan Melaka sebuah negeri berteknologi hijau dan mewujudkan persekitaran lebih mampan!
- Published in Berita