Iklan Jawatan Kosong Di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-
1. Pegawai Tadbir Gred N29 ~ Kekosongan : 2 sahaja (Kontrak)
2. Penolong Jurutera Gred JA29 ~ Kekosongan : 2 sahaja (Kontrak)
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ~ Kekosongan : 2 sahaja (Kontrak)
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 ~ Kekosongan : 1 sahaja (Kontrak)
5. Juruteknik Komputer Gred FT19 ~ Kekosongan : 1 sahaja (Kontrak)
Muat turun syarat-syarat lantikan dan borang jawatan kosong di sini :-
1. Iklan Jawatan Kosong https://melakagreentech.gov.my/peluang-pekerjaan/
2. Borang boleh didapati di :: https://melakagreentech.gov.my/peluang-pekerjaan/ atau di pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
3. Setiap pemohon perlu lengkap vaksinasi
4. Borang permohonan wajib dihantar kepada Perbadanan Teknologi Hijau Melaka di Aras 3, Wisma Negeri, Bandar Mitc, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu pejabat sahaja – 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tarikh tutup iklan : 28 Februari 2022 (12.00 Tengahari)
(T) 06-333 3333 samb. 5247
(F) 06 – 2324764
(E) [email protected]
(W) https://www.melakagreentech.gov.my
Klik untuk ke Pejabat PTHM : https://goo.gl/maps/FDDs4riLHHp
- Published in Berita
Sesi pembentangan daripada Syarikat Kenanga Suria Sdn Bhd
Sesi pembentangan daripada Syarikat Kenanga Suria Sdn Bhd berkenaan produk Ecoguard yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah.
Kenanga Suria memperkenalkan teknologi EcoGuard bagi menyelesaikan masalah pembersihan, penyelenggaraan dan pelupusan enapcemar minyak secara selamat, rendah karbon dan cepat.
Penggunaan EcoGuard adalah mudah, dan membantu pihak syarikat, perusahaan dan perbandaran mengurangkan kos operasi melalui penjimatan waktu membersih, mengurangkan penggunaan air, dan mengurangkan pembuangan sisa berjadual. Pembentangan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat PTHM. #itseasygoinggreen#ilovepthm#samasamaperangicovid
- Published in Berita