Majlis Penghargaan & Makan Malam Project Delive
Majlis Penghargaan & Makan Malam Project Delivery Partner (PDP) Capacity Building & Awareness for Green Building Certification in Melaka (Melaka Green Seal) telah diadakan di AMES Hotel Melaka, Ayer keroh pada 29 Mac 2022.
Majlis Penghargaan dan Makan Malam ini diadakan bagi meraikan dan menghargai Ahli-Ahli MGDO & Anggota PTHM yang telah menjayakan Project Delivery Partner (PDP) Capacity Building & Awareness for Green Building Certification in Melaka (Melaka Green Seal).
Sekalung pujian dan penghargaan diucapkan kepada Ahli-Ahli MGDO dan anggota PTHM di atas usaha dan komitmen untuk melaksanakan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita





- Published in Berita
Majlis Bacaan Yassin
Majlis Bacaan Yassin yang diadakan di bilik Mesyuarat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Majlis bacaan yaasin pada minggu ini di ketuai oleh Encik Mohd Fahmi bin Jamil dan bersama-sama semua anggota Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita


- Published in Berita
Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Bil 2/2022
Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Bil 2/2022. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM) serta dihadiri oleh semua anggota PTHM. Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PTHM. #itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita



- Published in Berita
Kursus Penulisan Kertas Cadangan Serta Penulisan Laporan Aktiviti Dan Program Berkualiti
Kursus Penulisan Kertas Cadangan Serta Penulisan Laporan Aktiviti Dan Program Berkualiti telah dihadiri oleh pegawai Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).
Kursus ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa yang baik dengan kemampuan menguasai tatabahasa yang betul, meningkatkan kefahaman tentang penulisan dokumen rasmi terutamanya surat rasmi dan memo yang berkualiti dan terbaik serta memberi pendedahan dan keupayaan dalam penulisan dokumen rasmi adalam tugasan harian. Kursus ini berlangsung selama dua(2) hari dan dijalankan secara maya.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita


- Published in Berita
Bengkel Penetapan Kriteria Anugerah Hijau Melaka 2022 (AHM 2022)
Bengkel Penetapan Kriteria Anugerah Hijau Melaka 2022 (AHM 2022) dan Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Penilai AHM 2022 yang telah diadakan di Hotel MITC, Ayer keroh pada 9 Mac 2022. Bengkel ini diadakan bagi menetapkan kriteria pemarkahan untuk setiap kategori penyertaan AHM 2022. Ahli Panel Penilai yang telah dilantik juga merupakan wakil-wakil daripada agensi Kerajaan & swasta, PBT dan juga IPT.


- Published in Berita
Program Majlis Makan Malam (Networking Dinner)
Program Majlis Makan Malam (Networking Dinner) Bersama MIDA & PTHM. Program ini dijalankan di Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik) Garden Restaurant Melaka.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita
- Published in Berita
Sesi Pembentangan dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Sesi pembentangan dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) daripada syarikat Kenanga Suria Sdn Bhd berkenaan produk Ecoguard yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah.
Kenanga Suria memperkenalkan teknologi EcoGuard bagi menyelesaikan masalah pembersihan, penyelenggaraan dan pelupusan enapcemar minyak secara selamat, rendah karbon dan cepat. Penggunaan EcoGuard adalah mudah, dan membantu pihak syarikat, perusahaan dan perbandaran mengurangkan kos operasi melalui penjimatan waktu membersih, mengurangkan penggunaan air, dan mengurangkan pembuangan sisa berjadual.
Turut hadir bersama anggota PTHM serta kakitangan Transformasi Padu Holding Sdn Bhd. Sesi Perbentangan dan MoU dijalankan di PTHM.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita
- Published in Berita
TAHNIAH KEPADA YB DATUK SALHAH BINTI SALLEH
TAHNIAH KEPADA YB DATUK SALHAH BINTI SALLEH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI MELAKA
Ikhlas Daripada: Seluruh Anggota Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita
- Published in Berita
Kursus Pengurusan Acara (Event Management)
Kursus Pengurusan Acara (Event Management) telah dihadiri oleh semua anggota Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan diberi tunjuk ajar dari ODREM Resources and Management Services. Kursus ini berlangsung selama dua(2) hari di Bilik Perbincangan PTHM.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita
- Published in Berita