
Perbincangan program kerjasama bersama pihak SWM Environment Sdn Bhd Cawangan Negeri Melaka diwakili Pegawai Eksekutif Kanan, Puan Noor Che Wah Ramli serta Pegawai Eksekutif Puan Siti Nursyahidah Abu Bakar dan Encik Fuad Ramdan. Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan Azahar Hj. Mohamed selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif disertai pegawai-pegawai Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM). Kerjasama erat ini bakal memberi impak tinggi kepada aktiviti dan program bagi meningkatkan kesedaran awam khususnya pengurusan sisa kitar semula (3R) serta mampu menjana pendapatan sampingan di kalangan masyarakat Melaka. Semoga kerjasama erat ini dapat memberi manfaat kepada semua peringkat masyarakat dan menjadikan Negeri Melaka lebih bersih dan sejahtera!
Jom “Like’ & ‘Follow’ medi a sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) untuk dapatkan info terkini
.
Facebook – https://www.facebook.com/melaka.greentech.1/
Instagram – https://www.instagram.com/melakagreentech/
.
Terima kasih atas sokongan anda
.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #melakagreentech #MelakaRESPONSIVE #MelakakuMajuJaya


