Rakan Kerjasama Program Pembangunan Kapasiti Dan Kesedaran Bagi Pensijilan Bangunan Hijau (Meterai Hijau Melaka)
Global Integrated Approach Pilot Program for Sustainable Cities di bawah Sustainable City Development in Malaysia Project (2017 – 2021) merupakan sebahagian program global yang menyokong Sustainable Development Goals bagi Bandar Mampan. Malaysia merupakan negara yang terpilih daripada 11 buah negara di mana Melaka menjadi salah satu bandar pilihan daripada 28 bandar. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Global Environment Facility (GEF) di bawah Sustainable Cities Integrated Approach Pilot (SCIAP) program.
Program ini telah dilaksanakan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Standard Malaysia (JSM), PLANMalaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), dan Jabatan Kerajaan Tempatan. Program ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 15 bulan bermula Ogos 2020 sehingga Oktober 2021.