
Program Merakyatkan Sains Menginsankan Teknologi Hijau Dalam Kalangan Pelajar SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka bertempat di Dewan Terbuka Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik, SMK Hang Kasturi.
Ucaptama disampaikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Perlaksanaan program bertujuan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Antara pengisian program adalah Taklimat Amalan Hijau di Sekolah daripada PTHM, Taklimat, Bengkel 3R dan Pengasingan Sisa di Punca daripada SWCorp dan Taklimat Kitar Semula dan Pengurusan Sisa Pepejal daripada SWM Environment.
Program dihadiri oleh Puan Norfa’iza Binti Mustafa, Pengetua SMK Hang Kasturi, Puan Siti Rohayu dari SWCorp, Guru-guru SMK Hang Kasturi dan Pegawai-pegawai Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan SWM Environment.
Jom “Like’ & ‘Follow’ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) untuk dapatkan info terkini
.
Facebook – https://www.facebook.com/melaka.greentech.1/
Instagram – https://www.instagram.com/melakagreentech/
Youtube – https://www.youtube.com/channel/UCm7jBSnL-hjOJQmU4H9v2Iw
.
Terima kasih atas sokongan anda
#itseasygoinggreen #ilovepthm #melakagreentech #MelakaRESPONSIVE #MelakakuMajuJaya #MelakakuMajuJaya


