PROGRAM
- Melaka Tanpa Beg Plastik & Polisterin
- MYCARBON Pilot Program
- Program Biodiesel Melaka
- Kursus Pensijilan Amalan Hijau
- Program Kutipan Sisa Kitar Semula 2 + 1
- E-Waste Alam Alliance Di Melaka
- Program Eco Schools Peringkat Negeri Melaka 2016-2017
MELAKA TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN
Umum sedia maklum akan pelaksanaan Program “Hari Tanpa Beg Plastik” yang telah dilaksanakan di Melaka. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kempen hari tanpa beg plastik setiap sabtu di setiap pasaraya seluruh negeri di Malaysia. Kerajaan Negeri Melaka melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) telah meluluskan kertas cadangan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka supaya Program “Hari Tanpa Beg Plastik” di negeri Melaka ditambah secara berperingkat sepertimana di jadual berikut:
Bil | Hari | Tarikh Pelaksanaan | Penglibatan |
---|---|---|---|
1 | Sabtu Sahaja | 1 Januari 2011 | Semua Pasaraya |
2 | Jumaat & Sabtu | 1 April 2014 | Semua Pasaraya |
3 | Jumaat, Sabtu & Ahad | 1 April 2014 | Semua Pasaraya |
4 | Setiap Hari | 1 Januari 2016 | Seluruh Negeri Melaka |
Beberapa bengkel dan mesyuarat telah dijalankan bagi membincangkan pelaksanaan program Melaka Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin serta tugas dan peranan jabatan yang terlibat dalam memastikan kejayaan program tersebut. Bengkel dan mesyuarat yang diadakan melibatkan penyertaan daripada pasaraya, penjaja, kedai runcit, pembekal barangan biodegradasi serta agensi kerajaan yang terlibat.
Lanjutan daripada itu, Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka berkuatkuasa 1 Januari 2016 pada setiap hari. Sebagai alternatif, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan secara meluas beg kertas dan produk biodegradasi sebagai bahan pengganti kepada beg plastik dan polisterin. Produk biodegradasi merupakan produk yang mudah kompos dan mesra alam. Produk ini juga menggunakan sumber dari bahan yang boleh diperbaharui seperti sumber dari tumbuhan seperti jagung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan sebagainya. Penggunaan produk biodegradasi ini boleh mengurangkan jumlah sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan
Program Melaka Tanpa Beg Plastik Dan Polisterin ni bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada pengguna dari segenap usia akan bahaya penggunaan beg plastik dan polisterin kepada manusia dan alam sekitar seiring dengan visi Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020. Semua pihak perlu bekerjasama memainkan peranan dalam memastikan kejayaan program tersebut. Marilah bersama menyokong usaha kerajaan negeri Melaka dalam meningkatkan kualiti alam sekitar kita.
MYCARBON PILOT PROGRAM
- Projek perintis MyCARBON yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
- Di mana Melaka mengorak langkah untuk memastikan setiap organisasi di Negeri Melaka menyediakan laporan karbon (Carbon Disclosure Program).
- Ini membolehkan agensi mengetahui jumlah pelepasan karbon dan strategi mengurangkannya dalam organisasi masing-masing.

PROGRAM BIODIESEL MELAKA

KURSUS PENSIJILAN AMALAN HIJAU
- Latihan dijalankan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) untuk program kesedaran teknologi hijau kepada pegawai kerajaan negeri.
- Seiring dengan Pensijilan Amalan Hijau yang dijalankan oleh PTHM dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN).
- Modul latihan 2 hari tanpa bermalam
- Penyertaan terbuka juga kepada syarikat-syarikat swasta.
- ‘HRDF CLAIMABLE’

PROGRAM KUTIPAN SISA KITAR SEMULA 2 + 1
- Pengenalan 2 + 1 sistem pengurusan sistem pungutan sampah berjadual 3 kali seminggu.
- Diperkenalkan pada September 2013 oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Southern Waste Management (SWM).
- Sistem 2 +1 bermakna sisa organik akan dikutip dua kali seminggu
- Bahan kitar semula seperti bekas plastik, tin aluminium, kertas serta sisa kebun dan sampah pukal akan dikutip satu kali seminggu.

E-WASTE ALAM ALLIANCE DI MELAKA

