
Sesi pembentangan dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) daripada syarikat Kenanga Suria Sdn Bhd berkenaan produk Ecoguard yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah.
Kenanga Suria memperkenalkan teknologi EcoGuard bagi menyelesaikan masalah pembersihan, penyelenggaraan dan pelupusan enapcemar minyak secara selamat, rendah karbon dan cepat. Penggunaan EcoGuard adalah mudah, dan membantu pihak syarikat, perusahaan dan perbandaran mengurangkan kos operasi melalui penjimatan waktu membersih, mengurangkan penggunaan air, dan mengurangkan pembuangan sisa berjadual.
Turut hadir bersama anggota PTHM serta kakitangan Transformasi Padu Holding Sdn Bhd. Sesi Perbentangan dan MoU dijalankan di PTHM.
#itseasygoinggreen #ilovepthm #MelakakuMajuJaya #kitajagakita