FORGOT YOUR DETAILS?

SKIM SOLAR PERUMAHAN MELAKA

MENGAPA NET ENERGY METERING 3.0

Skim Nem diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membolehkan pengguna untuk menyalurkan tenaga solar yang telah dijana terus ke talian grid

Tenaga yang telah dijana akan digunakan terlebih dahulu dan lebihan tenaga akan disalurkan terus ke talian grid

Tenaga yang disalurkan ke grid akan dipulangkan dalam bentuk kredit yang boleh di kontra dengan bil elektrik bulan seterusnya!

Pengguna tidak perlu menggunakan bateri untuk menyimpan tenaga solar!

SENARIO NEM 3.0

SENARIO 1: Tenaga yang digunakan lebih tinggi berbanding penjanaan sistem solar

Pengguna akan menggunakan tenaga daripada TNB (import) bagi menampung tenaga yang tidak mencukupi

SENARIO 2: Tenaga yang digunakan kurang berbanding penjanaan sistem solar

Tenaga yang dijana oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit untuk di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya.

SENARIO 3: Tiada penggunaan (Tiada orang di kediaman

Tenaga yang dijana oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit untuk di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya

SENARIO 4: Tiada penjanaan dari sistem solar (Malam)

Sistem solar tidak menjana tenaga pada waktu malam. Pengguna akan bergantung kepada tenaga TNB sepenuhnya.

PELUANG REBAT SolaRIS

Solar for Rakyat Scheme (SolaRIS) telah diperkenalkan pada 1 April 2024

Skim ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuota NEM Rakyat habis

Mekanisme pelaksanaan skim SolaRIS adalah rebat tunai sekali sahaja sebanyak RM1,000.00 per kWac sehingga maksimum RM4,000.00 untuk pelanggan NEM Rakyat

Pembayaran rebat akan dipindahkan ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar selepas menerima emel daripada TNB bagi permohonan skim SolaRIS

BIL ELEKTRIK BULANAN YANG SESUAI?

JENIS KEDIAMAN YANG SESUAI?

KAEDAH PEMBAYARAN?

PENGALAMAN KAMI

PRODUK & SERVIS

PANEL SOLAR PV
Jenis Panel : Tier 1 - Sunova
Waranti Produk : 15 Tahun
Waranti Prestasi : 30 Tahun
INVERTER
Jenama : Solis
Waranti Produk : 5 + 5 Tahun
MOUNTING STRUCTURE
Waranti Produk : 20 Tahun
WARANTI TAMBAHAN
All Risks Insurance *sistem solar sahaja : 3 Tahun
Waranti kebocoran bumbung : 12 Bulan
Waranti workmanship : 24 Bulan

FAQ (Frequently Asked Questions)

Pelanggan TNB dibawah kategori tarif A yang bekerja dalam sektor awam sama ada sendiri atau pasangan atau anak yang menetap di kediaman pemohon.

Tidak, pemohon yang bekerja secara tetap dan kontrak layak memohon skim solar ini.

Pemohon hanya dibenarkan memasang sistem solar di kediaman yang dimilikinya.

Boleh, namun permohonan bagi NEM Rakyat dan rebat SolaRIS perlu dimohon oleh pemilik kediaman.

Tidak, jenis kediaman perlulah jenis diatas tanah sahaja.

Ya, sekiranya pelanggan menggunakan tenaga lebih daripada tenaga yang dihasilkan oleh sistem solar.

Ya, namun pihak teknikal masih perlu menilai keluasan dan kesesuaian bumbung kediaman pelanggan sebelum kerja pemasangan dijalankan.

Boleh, pelanggan dibenarkan memasang bateri sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority. Walaubagaimanapun, pelanggan digalakkan menggunakan Program NEM bagi menggantikan bateri untuk menyimpan lebihan tenaga dijana solar.

Tenaga yang dihasilkan oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit dan akan di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya.

Ya, Skim Solar Perumahan terbuka kepada semua kakitangan kerajaan yang masih aktif atau yang telah berpencen.

Sebarang kebocoran yang disebabkan oleh pemasangan sistem solar sahaja akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat bagi tempoh 24 bulan.

Penama rumah perlulah sama dengan dengan penama TNB (mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan).

Boleh tetapi pelanggan mestilah mengemukakan sebab yang munasabah kepada PTHM dan SEDA.

Pihak pemasang solar akan memberi cadangan kapasiti yang bersesuaian dengan rumah pelanggan dan pelanggan boleh memohon untuk pengurangan tetapi mestilah tidak kurang dari 4 kilowatt DC bergantung kepada terma dan syarat.

TOP