
Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan inisiatif dan inovatif terkini dalam sektor pengurusan air bagi merawat air tercemar dan penjagaan persisiran pantai menggunakan sejenis bakteria iaitu suatu kaedah yang mesra alam yang boleh mengantikan pengunaan bahan kimia yang lazim digunakan bagi merawat air yang tercemar. Teknologi ini juga amat membantu dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar dan penjagaan persisiran pantai.
Taklimat telah diberikan oleh En Nantha Kumar Devanayagam (Pengarah Ecosolus Sdn Bhd). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohammad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM)