
Taklimat Sistem Penyejukan Berkelompok (District Cooling System) Bangunan-Bangunan Di Sekitar Bandar Melaka International Trade Centre dengan kerjasama TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd (TNEC). Tujuan taklimat ini berlangsung untuk memperkenalkan potensi pelaksanaan Projek District Cooling System (DCS) yang akan menghasilkan impak yang besar kepada sektor tenaga lestari dan tenaga boleh diperbaharui. Taklimat tersebut turut dihadiri YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Melaka) beserta IR. Mahathir Nor Ismail (Managing Director TNEC). Taklimat ini berlangsung di Bilik Seminar Shahbandar, Hotel Mudzaffar Melaka .