WEBINAR

PENGENALAN

Melaka merupakan salah sebuah bandar yang terpilih daripada 28 bandar di dalam 11 buah negara bagi menyertai program Global Integrated Approach Pilot Program for Sustainable Cities di bawah Sustainable City Development in Malaysia Project (2017 – 2021). Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Global Environment Facility (GEF) untuk mempromosi pendekatan bersepadu bagi perancangan dan pengurusan bandar lestari.

Program ini dilaksanakan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan Malaysia Green Technology Corporation (MGTC).

Melalui program ini, Kerajaan Negeri Melaka berhasrat untuk meningkatkan pembangunan kapasiti dan kesedaran menuju negeri lestari melalui implementasi bangunan hijau berdasarkan pengetahuan teknikal, garis panduan dan peraturan.

OBJEKTIF PROGRAM

- Berkongsi inisiatif bangunan hijau di Melaka.
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan inisiatif bangunan hijau.
- Mengenalpasti dan memahami syarat-syarat asas bangunan hijau.
- Mempromosi kebaikan dan membudayakan penerapan teknologi hijau bagi bangunan baru dan sedia ada.

PENDAFTARAN

Untuk mendaftar, sila klik pautan berikut: https://forms.gle/eFyE1RKaGtMoZoEd7

TOP