SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

Portal Rasmi

TALIAN ONCC : +606 333 3333
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Latar Belakang
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Lokasi
    • Piagam Pelanggan
  • SEKTOR
    • Gas Rumah Hijau
    • Kecekapan Tenaga
      • Projek Kecekapan Tenaga
      • Projek Demonstrasi Grid Pintar
    • Tenaga Boleh Baharu
      • Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Di Melaka
      • Projek Bumbung Solar
    • Pengangkutan Hijau
      • Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik
      • Inisiatif Pembangunan Pengecas Kenderaan Elektrik
      • Pra-Rundingan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik – EVCB
    • Ekonomi Kitaran
    • Pendidikan dan Kesedaran
      • Kursus Pembangunan Hijau
      • Program Pendidikan dan Kesedaran Hijau
  • MEDIA
    • Video
    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Penerbitan
  • Home
  • 2023
  • November
June 13, 2025

Month: November 2023

BENGKEL SEMAKAN DAN PENGUBALAN ENAKMEN PTHM

Tuesday, 21 November 2023 by melakagreentech

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Penggubalan Enakmen PTHM. Bengkel tersebut telah berlangsung selama 2 hari di MITC Hotel.

Bengkel tersebut turut disertai oleh barisan pasukan yang terdiri daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (PUU), Unit Perancangan Ekonomi (UPEN), Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Ekonomi (EPU), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (JPBD), dan Tetuan MK Nizam Rizal & Partners Bengkel ini dilaksanakan untuk merealisasikan PTHM sebagai Peneraju Utama Pembangunan Teknologi Hijau di Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LAWATAN KERJA KE SARAWAK ENERGY BERHAD (SEB)

Thursday, 09 November 2023 by melakagreentech

Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM mengadakan lawatan kerja ke Sarawak Energy Berhad (SEB) yang merupakan badan pembekal tenaga utama di Sarawak.

Taklimat yang diberikan adalah berkaitan usaha SEB dalam meneroka sumber boleh diperbaharui alternatif seperti solar dan hidrogen hijau selain meningkatkan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Sarawak menjelang akhir 2025. Selain itu, PTHM juga dimaklumkan bahawa SEB sedang membina kesalinghubungan dengan Kalimantan, Indonesia dan sekarang ini sedang dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Brunei dan Singapora untuk merealisasikan ASEAN Power Grid.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN BALAS KE MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK

Thursday, 09 November 2023 by melakagreentech

Ketibaan Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE bersama pegawai-pegawai PTHM ke Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak disambut mesra oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai bersama warganya.

Sepanjang berada di MP Padawan, PTHM telah diberikan taklimat berkaitan perlaksanaan projek-projek/program-program yang berteraskan Sustainable Development Goals (SDG) oleh Sr Ita Ling, Pemangku Setiausaha Perbandaran, MPP.

Turut hadir adalah Ahli-Ahli Majlis dan Pegawai-pegawai kanan MPP. Delegasi MP Padawan telah berkunjung hormat ke PTHM pada awal bulan ini untuk mengetahui inisiatif teknologi hijau oleh PTHM di Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PTHM PENUHI JEMPUTAN KE MUF 2023, SARAWAK

Tuesday, 07 November 2023 by melakagreentech

Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ismail bin Hasim dan beberapa pegawai PTHM memenuhi jemputan ke Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching, Sarawak.

MUF merupakan acara persidangan pembangunan mampan terbesar di Malaysia bertemakan ‘Memangkin Tindakan Transformatif Untuk Perbandaran Mampan Dan Berdaya Tahan’ dianjurkan oleh Urbanice Malaysia dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku tuan rumah.

Di acara yang sama juga, YB KM Nga Kor Ming, Menteri KPKT telah menyempurnakan Majlis Pelancaran SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 (SHHS 2023). Malaysia SDG Cities Network merupakan sebuah rangkaian baharu yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), organisasi dan komuniti yang berusaha ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) di Malaysia.

Majlis ini turut mengiktiraf dan menghargai peranan dan usaha 45 bandar melalui PBT masing – masing yang telah berjaya menyediakan Pelan Hala Tuju Bandar SDGs, mempamerkan kemajuan melalui Voluntary Local Reviews (VLR) dan membina kapasiti mempercepatkan pelaksanaan SDGs di Malaysia. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut diiktiraf mewakili PBT negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBADARAN PADAWAN, SARAWAK

Tuesday, 07 November 2023 by melakagreentech

Tuan Haji Ismail bin Hasim, KPE mengetuai warga PTHM menyambut kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak diketuai oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBrs. Cr. Tan Kai ke pejabat PTHM. Sepanjang berada di PTHM, delegasi telah diberikan taklimat berkaitan inisiatif teknologi hijau seperti projek pembangunan solar, bangunan hijau, program kesedaran serta pelaksanaan Green City Action Plan (GCAP) yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNG HORMAT DARI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK BAGI PERKONGSIAN BERKAITAN INISIATIF PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

Monday, 06 November 2023 by melakagreentech

Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai PTHM telah menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pada 30 Oktober 2023 di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Kunjungan hormat dari PKN Perak diwakili oleh En Nooryusazli bin Yusoff selaku Chief Strategy Officer dan En Muhammad Khalish Nantha bin Rajendran selaku Assistant Director of Goverment & Stakeholder Management. Tujuan kedatangan ke PTHM adalah bagi membincangkan mengenai inisiatif pembangunan teknologi hijau.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • SIDANG MEDIA PENGANJURAN ANUGERAH HIJAU MELAKA 2024

    Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada hari ini...
  • SETINGGI – TINGGI TAHNIAH YAB KETUA MENTERI MELAKA

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Da...
  • PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU

    Sekitar penganjuran Program Anda Kitar Kami Bay...
  • SESI LIBAT URUS PENYELARASAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

    Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam ...
  • EART HOUR : 60 MINIT YANG BERHARGA UNTUK BUMI

    Earth Hour merupakan kempen global yang menyatu...

Archives

  • Penafian
  • Peta Laman
  • Soalan Lazim
  • Dasar Keselamatan dan Privasi
  • Hakcipta

© 2024 Hak Cipta Terpelihara. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

TOP