FORGOT YOUR DETAILS?

LATAR BELAKANG

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) atau Melaka Green Technology Corporation (MeGTC) telah ditubuhkan pada 8 November 2013 merupakan agensi peneraju teknologi hijau di negeri Melaka. Objektif penubuhan PTHM adalah bagi melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Mampan dan Perubahan Iklim Melaka.

Bertindak sebagai urus setia Majlis Perbandaran Mampan dan Perubahan Iklim, PTHM berperanan merancang, memajukan, menggalakkan, memudahkan, mengusahakan serta memantau pelaksanaan program dan projek hijau di negeri Melaka.

Pelaksanaan inisiatif hijau berdasarkan 6 sektor utama iaitu:
  • Gas Rumah Hijau
  • Kecekapan Tenaga
  • Tenaga Boleh Baharu
  • Pengangkutan Hijau
  • Ekonomi Kitaran
  • Pendidikan dan Kesedaran

TOP