PERBINCANGAN INISIATIF PEMASANGAN STESEN PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK
Perbincangan inisiatif pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik di Negeri Melaka bersama syarikat Yinson Greentech Malaysia Sdn Bhd. Inisiatif ini menyokong hasrat Kerajaan dalam mencapai sasaran pembangunan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang tahun 2025!
- Published in Berita
BENGKEL PENETAPAN KRITERIA ANUGERAH HIJAU 2024
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Hijau Melaka buat Kali ke-7 bagi tahun 2024 (AHM 2024). Sehubungan itu, satu bengkel bersama para panel penilai telah dijalankan bagi membincangankan kriteria-kriteria penilaian permarkahan bagi setiap kategori yang akan dijalankan.
- Published in Berita
PRBINCANGAN DAN PENERANGAN BAGI GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB) DI NEGERI MELAKA
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim mempengerusikan sesi perbincangan bagi Garis Panduan Perancangan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik (EVCB) di Negeri Melaka bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan PLANMalaysia Melaka. Turut diadakan sesi penerangan Garis Panduan Perancangan EVCB oleh PLANMalaysia Melaka yang diketuai oleh Pengarah, YBrs. TPr. Abdulhan bin Abd Lamit
- Published in Berita
KUNJUNG HORMAT KE KEMENTERIAN EKONOMI
Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim bersama pegawai-pegawai kanan PTHM telah mengadakan kunjung hormat ke Kementerian Ekonomi Malaysia bersama YBrs. En Che Kodir Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi, Alam Sekitar Dan Sumber Asli di pejabatnya di Putrajaya. Perbincangan bertujuan membincangkan sebarang bentuk kerjasama, peruntukan yang terlibat disamping memperkenalkan PTHM sebagai peneraju Hijau di Negeri Melaka.
- Published in Berita
PROGRAM GREEN CAMP NEGERI MELAKA SIRI 2
“PTHM telah menganjurkan Program Green Camp Negeri Melaka Siri 2 peringkat menengah rendah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN).
Majlis penutup telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Dr Mohd Aras Bin Khamis. Turut mengiringi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, YBrs Tuan Ts. Noramirul Nizam bin Kamis dan YBrs. Tuan Muhammad Hafiz bin Kasim, Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka.
Program yang berlangsung bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Disember 2023 di Kem Usima Forest Resort, Ayer Keroh Melaka ini merupakan program rekreasi pendidikan teknologi hijau di luar bilik darjah bertujuan mendidik dan menerapkan rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.
Agensi yang turut bekerjasama adalah seperti UNIKL, Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation Malaysia (Melaka), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Jabatan Pertanian Negeri Melaka & Pejabat Meteorologi Melaka.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti Eko-inovasi, Green Explorace, Inovasi Pembuatan Lilin Dari Minyak Masak Terpakai, Upcycling, Tanaman dan Taklimat Perubahan Iklim.
Melalui Program ini , adik Muhammad Aisar Altaf Bin Mohd Zahri dari SMKA Sultan Muhammad dan adik Sayidatul Nadhirah Binti Hilmy dari SMK Pernu telah dinobatkan sebagai Pelajar Lelaki & Perempuan Terbaik Program Green Camp Negeri Melaka Siri 2 bagi tahun 2023. Terima kasih!”
- Published in Berita