FORGOT YOUR DETAILS?

KECEKAPAN TENAGA

Projek Kecekapan Tenaga

Kecekapan Tenaga merupakan proses berterusan dalam menguruskan penggunaan tenaga yang efisien, cermat, berhemat dan bijaksana dalam masa yang sama dapat menikmati tahap keselesaan yang sama dan kondusif.

Projek Kecekapan Tenaga fasa 1 telah dilaksanakan di 3 buah bangunn di Negeri Melaka iaitu Wisma Negeri, Putra Hospital dan Melaka Sentral.

Projek Demonstrasi Grid Pintar

Projek di bawah biayaan Global Environment Facility – (GEF-6) selama lima (5) tahun ini bertujuan untuk menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah bandar lestari melalui langkah - langkah pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan meningkatkan sumber tenaga boleh baharu.

Projek Demonstrasi Grid Pintar merupakan komponen 4 dibawah Projek GEF6 bagi mengintegrasi komponen - komponen teknologi dan boleh dipantau melalui pusat data.

Komponen Teknologi

Integratasi 30,000 Smart Meter

EMS 120 Bangunan

EMS 120 Bangunan

1000L Solar Thermal

Battery Storage

Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik & Skuter

Solar Bumbung Jumlah 260kW

Projek Sistem Penyejukan Berkelompok

Sistem Penyejukan Berkelompok atau District Cooling System (DCS) merupakan sebuah rangkaian paip bawah tanah yang berpenebat untuk menyalur air sejuk ke bangunan-bangunan sekitar dan kini sedang dalam proses untuk mengenalpasti tapak loji DCS dan bangunan yang terlibat :

Faedah Sistem Penyejukan Berkelompok:
  • Kos penyelenggaraan lebih rendah
  • Kos tenaga elektrik lebih rendah
  • Penggunaan ruang yang lebih efisien
  • Kadar pelepasan gas karbon dioksida yang lebih rendah

TOP