FORGOT YOUR DETAILS?

PROGRAM SINGGIT SEPOSEN

“Singgit Seposen” 2021

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program “Singgit Seposen” pada tarikh 6 April 2021 (Selasa) bertempat di perkarangan Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Sejumlah 188 peserta program turut terlibat dalam program ini. Melalui program ini juga, harga pembelian bagi sisa minyak masak ialah RM1.00 per kilogram (RM 1.00 / kg), untuk sisa elektronik RM 0.20 per kilogram (RM 0.20 / kg) manakala sisa fabrik berharga RM 0.10 per kilogram (RM 0.10 / kg).

‘Singgit Seposen’ 2022

Program ‘Singgit Seposen’ Daerah Jasin yang merupakan program kerjasama antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Program ini telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Alamanda, Jasin Melaka yang melibatkan sejumlah 187 peserta program. Melalui program ini, sebanyak 6,774.2 kilogram (kg) sisa buangan berjaya dikumpulkan.

Program ‘Singgit Seposen’ Daerah Alor Gajah merupakan program kerjasama antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Program ini telah dilaksanakan pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah yang melibatkan sejumlah 212 peserta program. Melalui program ini, sebanyak 7,731.00 kilogram (kg) sisa buangan berjaya dikumpulkan.

‘Singgit Seposen’ Masuk Kampung merupakan program kerjasama antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK). Program ini telah dilaksanakan pada 05 Oktober 2022 (Rabu) bertempat di Balai Raya Kampungku Sayang Bukit Baru, Melaka.

Pengenalan

Program Green Camp dianjurkan sejak tahun 2018 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Melaka. Ia merupakan sebuah program yang dirangka dengan memfokuskan kepada sektor – sektor hijau seperti :
  1. Perubahan Iklim
  2. Pengasingan sisa dari punca
  3. Nature and Biodiversity
  4. Tenaga
  5. Gaya Hidup Hijau
Program ini merupakan program perkhemahan bermalam dengan Kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN)

Objektif Dan Tujuan

  1. Memperkenalkan, menggalakkan dan mewujudkan minat terhadap pembangunan dan amalan hidup hijau khusus kepada para pelajar pelbagai peringkat umur.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran para pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Sebagai langkah mempromosi, memperkenalkan produk dan perkhidmatan Teknologi Hijau.
  4. Pembelajaran luar kelas ini dapat menarik minat pelajar dan pelajar diberi pendedahan mengenai hijau dan alam sekitar secara santai dan optimum.

Program Green Camp Negeri Melaka Tahun 2022

PROGRAM BIODIESEL MELAKA

Pengenalan

Program Biodiesel Melaka merupakan program komuniti hijau yang dimulakan oleh kerajaan negeri Melaka untuk menguruskan sisa minyak masak sejak November 2011. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada orang awam tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan semula minyak masak terpakai dan alam sekitar akibat pembuangan sisa minyak masak ke dalam longkang dan sistem pemparitan. Biodiesel adalah pengganti diesel petroleum yang dihasilkan secara domestik, pembakar bersih, dan boleh diperbaharui. Menggunakan biodiesel sebagai bahan bakar kenderaan meningkatkan keselamatan tenaga, meningkatkan kualiti udara dan persekitaran, dan memberikan manfaat keselamatan. Program ini juga memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan Biodiesel sebagai alternatif kepada bahan api fossil.

Objektif

  • Mewujudkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar
  • Mewujudkan kesedaran tentang isu halal penggunaan semua minyak masak terpakai
  • Mewujudkan kesedaran tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan minyak masak kitar semula

Kategori Penyertaan

  • KOMUNITTI
  • SEKOLAH
  • RESTORAN
  • AGENSI KERAJAAN/ SWASTA
  • HOTEL
  • KILANG

Muat Turun

Bil Tajuk Muat Turun
1 Borang Penyertaan
2 Flyers Program Biodiesel Melaka

Pengenalan

Eco-Schools merupakan program pendidikan dan pensijilan alam sekitar yang menggalakkan sekolah mengambil pendekatan holistik dalam menangani isu-isu pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang dihadapi oleh sekolah itu sendiri dan juga masyarakat setempat. Program Eco-Schools dilaksanakan di 74 buah negara melibatkan 59,000 sekolah dan institusi dan lebih 20,000,000 pelajar terlibat. Ia adalah program rangkaian antarabangsa terbesar guru dan pelajar di dunia. Program Eco-Schools di Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2011. WWF Malaysia dipilih sebagai penyelaras di peringkat kebangsaan. Bagi Negeri Melaka, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dipilih untuk bekerjasama dengan Green Growth Asia Foundation (GGAF) di samping Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) bagi menyelaras program Eco-schools di peringkat negeri Melaka bermula tahun 2016. Program ini berpaksikan pada Proses Tujuh Langkah (7 Steps). Program Eco – Schools ini mempunyai beberapa peringkat anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Anugerah tersebut ialah Anugerah Green Flag, Anugerah Perak dan juga Anugerah Gangsa

Objektif Eco–Schools

  • Sebagai langkah bagi sekolah untuk memperbaiki persekitaran institusi pembelajaran, komuniti setempat dan memberi kesan positif sepanjang hayat kepada kehidupan golongan dalam masyarakat.
  • Memastikan anak muda mempunyai kuasa untuk mencapai kelestarian yang diperlukan oleh dunia ini dengan berinteraksi dalam pembelajaran menyeronokkan, berorientasikan tindakan dan bertanggungjawab secara sosial.
  • Menggalak dan membentuk pelajar untuk berfikir secara kritikal.

Proses 7 Langkah ( 7 Steps)

1) Pembentukan Jawatankuasa (Form A Committee)

Jawatankuasa mengarahkan penglibatan sekolah dalam program. Sebaik – baiknya jawatankuasan ini merangkumi murid, guru, kakitangan bukan tenaga pengajar, pengurusan dan ibu bapa.

2) Kajian Semula Tema Alam Sekitar (Conduct An Environmental Review)

Jawatankuasa akan menilai prestasi semasa sekolah mengenai 10 bidang topik

3) Mewujudkan Pelan Tindakan (Develop An Action Plan)

Pelan tindakan dibentuk daripada hasil kajian yang menggariskan tindakan dan matlamat yang harus dicapai setiap tahun. Sasaran tertentu yang dapat diukur akan dinasihatkan.

4) Pemantauan Dan Penilaian (Monitor And Evaluate)

Kemajuan menuju sasaran diukur dan ditinjau oleh murid. Penyesuaian dibuat sekiranya perlu dan kejayaan diraikan.

5) Integrasi Kurikulum (Curriculum Integration)

Kerja Eco – Schools anda harus ditingkatkan dan dipuji kerja kurikulum anda atau sebaliknya. Bahan disediakan akan memberi idea tentang bagaimana untuk mengintegrasikan masalah alam sekitar ke dalam pengajaran.

6) Pemakluman Dan Penglibatan (Informing And Involving)

Program publisiti menjadikan keseluruhan sekolah dan lebih ramai komuniti yang terlibat dan dimaklumkan melalui papan kenyataan, paparan, perhimpunan, liputan laman web dan media dan lain – lain.

7) Kod Eko (Eco - Code)

Menggariskan objektif yang menunjukkan komitmen sekolah terhadap tindakan mesra alam. Ini boleh berbentuk puisi, lagu, rap, seni reka dan lain – lain yang mendorong penglibatan seluruh sekolah.

Eco – Schools Themes

Pengenalan

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) turut menganjurkan beberapa siri aktiviti gaya hidup sihat. Antaranya:
  1. Green Exploace
  2. Green Color Run
  3. Car Free Zone

Objektif

  1. Pembangunan dan amalan teknologi hijau dapat diaplikasikan melalui aktiviti gaya hidup sihat.
  2. Amalan teknologi hijau mampu menjadi medan dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
  3. Gaya hidup sihat mampu mendidik masyarakat menjadi lebih berdaya saing dan lebih bersikap terbuka terhadap amalan teknologi hijau.

TOP