FORGOT YOUR DETAILS?

LAPORAN INVENTORI PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU

Pengenalan

Pada persidangan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), Conference of Parties – 15 (COP 15) yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau.

Pada persidangan UNFCCC COP – 21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah menerima Perjanjian Paris bertujuan untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang.

Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau atau lebih dikenali dengan Greenhouse Gases (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% pada tahun 2030 berbanding intensiti pada tahun 2005.

Kerajaan Negeri Melaka turut berhasrat untuk menurunkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan.

Melaka telah menghasilkan Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau dengan merujuk kepada garis panduan antarabangsa iaitu Global Protocol for Community-Scale Green House Gas Emission Inventories (GPC) dan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).

Ringkasan Pelepasan GHG Tahunan Negeri Melaka

Tahun Pelepasan GHG (tCO2e) Muat Turun
2013 4,172,333.10
2014 4,320,915.27
2015 5,190,941.92
2016 5,914,014.17
2017 6,295,917.58

TOP