Membangunkan modal insan bagi membentuk masyarakat yang berpengetahuan ke arah pembudayaan hijau.
Melaksanakan pembangunan hijau ke arah pengurangan karbon.
Menjana pendapatan melalui pelaksanaan projek hijau
Meningkatkan kompetensi anggota untuk lebih kreatif, inovasi, produktif dan berintegriti.
Mewujudkan peluang pekerjaan berdasarkan kepada kepakaran dan intelektual.
FUNGSI
Mempromosikan, meningkatkan pemahaman dan kesedaran awam, pendedahan serta memupuk minat dalam memperkasakan gaya hidup hijau di pelbagai peringkat dan sektor.
Merancang, menganjur dan menyelaras pelbagai aktiviti, latihan dan kursus untuk meningkatkan pengetahuan pembudayaan hijau dikalangan komuniti.
Merancang, menyelaras dan mengawal pembangunan hijau mengikut perancangan pembangunan, dasar dan garis panduan.
Menghasilkan laporan tahunan inventori pelepasan karbon bagi penambahbaikkan perancangan pembangunan dan aktiviti hijau di negeri melaka.
Sebagai sekretariat yang menyelaras majlis teknologi hijau malaysia melaka bagi tujuan pelaporan pembangunan dan pelaksanaan aktiviti hijau di negeri melaka.
Merancang, menggalak dan mengusaha perniagaan untuk menjana pendapatan dan keuntungan.
Mengurus, mempertingkatkan dan memperbaiki kaedah, peraturan, prosedur sistem pengurusan pentadbiran, kewangan dan modal insan bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan.