FORGOT YOUR DETAILS?

Pengenalan

Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Melaka merupakan satu Jawatankuasa yang membincangkan dan melaporkan status pelaksanaan projek, program dan aktiviti hijau di negeri Melaka. Mesyuarat ini telah wujud sejak tahun 2011 dan dipengerusikan oleh YB EXCO Jawatankuasa Negeri Pendidikan dan Teknologi. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) berperanan sebagai sekretariat Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Melaka. Ahli Jawatankuasa mesyuarat ini terdiri daripada:

LAPORAN INVENTORI PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU NEGERI MELAKA

Pengenalan

Pada persidangan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), Conference of Parties – 15 (COP 15) yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau.

Pada persidangan UNFCCC COP – 21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah menerima Perjanjian Paris bertujuan untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang.

Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau atau lebih dikenali dengan Greenhouse Gases (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% pada tahun 2030 berbanding intensiti pada tahun 2005. Kerajaan Negeri Melaka turut berhasrat untuk menurunkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan.

Melaka telah menghasilkan Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau dengan merujuk kepada garis panduan antarabangsa iaitu Global Protocol for Community-Scale Green House Gas Emission Inventories (GPC) dan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).

Ringkasan Pelepasan GHG Tahunan Negeri Melaka

Tahun Pelepasan GHG (tCO2e)
2013 4,172,333.10.
2014 4,320,915.27
2015 5,190,941.92
2016 5,914,014.17
2017 6,295,917.58

GHG Protocol for Cities

Melaka State Greenhouse Gas Emission Inventory Report 2013

Melaka State Greenhouse Gas Emission Inventory Report 2014

Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau Negeri Melaka 2015

Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau Negeri Melaka 2016

Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau Negeri Melaka 2017

Program Solar Berskala Besar atau lebih dikenali dengan nama Large Scale Solar (LSS) ini diurus dan ditadbir oleh Suruhanjaya Tenaga. Melalui program ini, proses pembidaan tender yang kompetitif telah menjemput syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan projek solar berskala besar dibawah Perjanjian Pembelian Tenaga pada tarif tetap yang dipersetujui selama 21 tahun.

Kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan i2 Solarpark One Sdn. Bhd.

i2 Solarpark One Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sejak tahun 2019. i2 Solarpark One Sdn Bhd telah melantik PTHM sebagai penasihat teknikal dan bantuan teknikal bagi membantu proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ladang Solar ini terletak di Masjid Tanah, Melaka merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan tenaga boleh baharu di Melaka melalui pembangunan Solar Berskala Besar.

Net Energy Metering (NEM)

Skim Net Energy Metering (NEM) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada bulan November 2016 bagi menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia. Berikut merupakan tiga inisiatif bagi skim NEM 3.0:

Supply Agreement Renewable Energy (SARE)

Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu atau Supply Agreement Renewable Energy (SARE) merupakan perjanjian di mana:

Kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan Micro Energy Holdings (M) Sdn. Bhd.

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah menjalin kerjasama dengan Syarikat Micro Energy Holdings (M) Sdn Bhd bagi Projek Inisiatif Pemasangan Solar Rooftop di Bumbung Bangunan-Bangunan di Negeri Melaka. Projek Solar Rooftop menyasarkan 10% hingga 20% penjimatan kos penggunaan tenaga. Pelaksanaan secara berperingkat sedang dijalankan di bangunan-bangunan seperti berikut:

Program Solar Berskala Besar atau lebih dikenali dengan nama Large Scale Solar (LSS) ini diurus dan ditadbir oleh Suruhanjaya Tenaga. Melalui program ini, proses pembidaan tender yang kompetitif telah menjemput syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan projek solar berskala besar dibawah Perjanjian Pembelian Tenaga pada tarif tetap yang dipersetujui selama 21 tahun.

Antara peralatan yang telah dipasang dalam projek kecekapan tenaga fasa 1 adalah seperti berikut:
  1. Chiller
  2. Menara Penyejuk
  3. Pam Motor
  4. Sistem Pemanas
  5. Solar Thermal
  6. Lampu LED
  7. Inverter (Alat kawalan Motor)
  8. Kompresor

Jadual menunjukkan peratus penjimatan yang dinikmati oleh pemilik bangunan fasa 1. Data diperoleh dari bil TNB yang diterima oleh setiap pemilik bangunan secara bulanan.
TAHUN WISMA NEGERI (%) MELAKA SENTRAL (%) HOSPITAL PUTRA (%)
2017 33 15 34
2018 38 20 36
2019 26 18 32
2020 28 36 35
2021 31 62 40

Sistem Penyejukan Berkelompok atau District Cooling System (DCS) merupakan teknologi yang cekap dan sangat ekonomi dalam menyediakan tenaga sejuk (chilled-water) melalui sistem berpusat yang akan menyediakan perkhidmatan tenaga sejuk kepada beberapa bangunan atau pembangunan yang besar. Sistem DCS ini turut dikombinasikan dengan teknologi Thermal Energy Storage (TES) merupakan teknologi bagi meyimpan tenaga sejuk yang dijana ketika tarif rendah (off peak) dan dilepaskan semasa waktu tarif tinggi (high peak) yang kebiasaan pada waktu bekerja (work day). Ia merupakan salah satu inisiatif hijau yang dapat meningkatkan kadar kecekapan tenaga dan mengurangkan kadar pembebasan karbon.

Kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau dengan TNB Engineering Corporation Sdn Bhd.

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menjalin kerjasama dengan TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) sejak tahun 2020. TNEC merupakan syarikat milikan penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB). TNEC merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan tenaga di Malaysia antaranya District Cooling System (DCS), Large Scale Solar (LSS) dan Energy Management System (EMS).

Kerajaan Negeri Melaka telah membangunkan sebuah pelan induk pengangkutan hijau melalui pelaksanaan Global Future Cities Programme (GFCP) dibawah pembiayaan UK Prosperity Fund melalui United Kingdom Foreign & Commonwealth Office (FCDO).
Program ini adalah kerjasama antara Kerajaan Negeri Melaka bersama UK FCDO, UN-HABITAT dan para perunding daripada Mott MacDonald Malaysia.

Objektif

  • Untuk mengenalpasti cabaran utama di dalam sistem pengangkutan sedia ada.
  • Untuk menghasilkan rangkaian pengangkutan yang mampan.

Pelan mobiliti ini dibangunkan melalui pelaksanaan Global Future Cities Programme (GFCP) khususnya untuk kawasan warisan di Bandaraya Melaka. Pelan mobiliti ini bertujuan untuk membantu Negeri Melaka memelihara status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang telah diisytiharkan sejak tahun 2008.

Objektif

  • Untuk menyepadukan pelbagai mod pengangkutan mampan di seluruh Bandaraya Melaka.
  • Untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam yang sedia ada.
  • Untuk mengurangkan impak negatif terhadap kawasan warisan akibat dominasi kenderaan persendirian.

TOP