FORGOT YOUR DETAILS?

Pengenalan

Global Integrated Approach Pilot Program for Sustainable Cities di bawah Sustainable City Development in Malaysia Project (2017 - 2021) merupakan sebahagian program global yang menyokong Sustainable Development Goals bagi Bandar Mampan. Malaysia merupakan negara yang terpilih daripada 11 buah negara di mana Melaka menjadi salah satu bandar pilihan daripada 28 bandar. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Global Environment Facility (GEF) di bawah Sustainable Cities Integrated Approach Pilot (SCIAP) program.

Program ini telah dilaksanakan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Standard Malaysia (JSM), PLANMalaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), dan Jabatan Kerajaan Tempatan. Program ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 15 bulan bermula Ogos 2020 sehingga Oktober 2021.

Skop Kerja

Kerajaan Negeri Melaka berhasrat untuk meningkatkan kapasiti penilaian bangunan Meterai Hijau Melaka dan program kesedaran berdasarkan pengetahuan teknikal, garis panduan, dan peraturan kepada badan kerajaan, pemaju, perancang, arkitek, kontraktor, dan pihak berkepentingan sebelum penguatkuasaan Meterai Hijau Melaka di negeri Melaka. Bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, Pembangunan Kapasiti bagi Pensijilan Bangunan Hijau (Meterai Hijau Melaka) telah dirangka dengan skop kerja seperti berikut:
  1. Membangunkan modul latihan Meterai Hijau Melaka oleh pakar yang dilantik untuk melatih dan melantik calon Panel Penilai Bangunan Hijau Melaka yang baru.
  2. Mengadakan Latihan Kompetensi yang melibatkan sejumlah 30 calon yang berkelayakan untuk menerima pentauliahan sebagai panel penilai bangunan hijau di bawah Kerajaan negeri Melaka untuk menjalankan penilaian teknikal berdasarkan Garis Panduan Meterai Hijau Melaka.

    Bengkel Pensijilan Meterai Hijau Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 10,11 dan 17 April 2021. Sejumlah 35 peserta layak menerima pentauliahan sebagai Panel Penilai Meterai Hijau Melaka di bawah Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. Modul Latihan Meterai Hijau Melaka telah diimplementasikan secara rasmi sepanjang Bengkel Pensijilan Bangunan Hijau (Meterai Hijau Melaka) dilaksanakan.
  3. Menganjurkan 3 siri Program Kesedaran yang melibatkan 30 peserta bagi setiap seminar atau taklimat kepada pihak berkepentingan seperti pegawai kerajaan, pemaju, perancang, arkitek, kontraktor dan pihak berkepentingan di Melaka.

     3 siri Webinar Perkongsian Inisiatif Bangunan Hijau di Melaka telah diadakan pada 16 & 30 Julai, serta 13 Ogos 2021 secara atas talian yang telah dihadiri oleh 107 peserta. Inisiatif Melaka Menuju Negeri Lestari dan Garis Panduan Meterai Hijau Melaka merupakan pengisian sepanjang Webinar tersebut.

TOP