Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 21 Jun 2023 dan
disahkan pada 28 Jun 2023 telah bersetuju untuk menjadikan Perbadanan
Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sebagai Pemegang Hak Eksklusif dan Agensi
Peneraju Utama Pembangunan Teknologi Hijau di Melaka.
Segala kertas cadangan berkaitan dasar dan inisiatif teknologi hijau hendaklah
diurus setiakan, dinilai dan dikaji oleh pihak PTHM.
PENGENALAN NET ENERGY METERING PROGRAMME 3.0
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih
(Net Energy Metering) bagi menggalakkan penggunaan Tenaga
Boleh Baharu di Malaysia
NEM diperkenalkan bermula dari 2016 merangkumi tiga program:
NEM GoMEn (Bangunan Kerajaan)
NEM NOVA (Industri dan swasta)
NEM Rakyat (Bangunan perumahan)
Pada 26 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan
tambahan kuota 100MW bagi program NEM Rakyat sehingga
Disember 2024 atau sehingga kuota habis diagihkan
Bagi menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan lagi kapasiti
Tenaga Boleh Baharu di Malaysia khususnya di Negeri Melaka, PTHM bercadang memperkenalkan Skim Solar Perumahan Rakyat yang difokuskan kepada penjawat awam dan rakyat Negeri Melaka.
PENGENALAN PENJANAAN SOLAR
PENGENALAN NET ENERGY METERING 3.0
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net
Energy Metering) bagi menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu
di Malaysia
NEM diperkenalkan bermula dari 2016 merangkumi tiga program:
NEM GoMEn (Bangunan Kerajaan)
NEM NOVA (Industri dan swasta)
NEM Rakyat (Bangunan perumahan)
Pada 26 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan
tambahan kuota 100MW bagi program NEM Rakyat sehingga Disember
2024 atau sehingga kuota habis diagihkan.
SENARIO NEM 3.0
Pengguna akan mengunakan tenaga daripada TNB (import) bagi menampung tenaga yang tidak mencukupi.
Tenaga yang dihasilkan oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit dan akan di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya,
3. Tiada Penggunaan (Tiada orang di Kediaman)
Tenaga yang dihasilkan oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit dan akan di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya,
4. Tiada Penjanaan dari sistem solar (Malam)
Sistem solar tidak menjana tenaga pada waktu malam. Pengguna akan bergantung kepada tenaga daripada TNB sepenuhnya.
KELEBIHAN NEM RAKYAT
Pemilik rumah akan menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sistem solar terlebih dahulu.
Lebihan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sistem solar akan di eksport ke grid pada kadar 1:1
Elektrik yang dijual akan ditukar menjadi kredit dan akan di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya dan juga boleh digunakan dalam tempoh 12 bulan.
SKIM SOLAR FOR RAKYAT INCENTIVE SCHEME (SolaRIS)
Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) telah diperkenalkan pada 1 April 2024.
Skim ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuota NEM Rakyat habis.
Mekanisme pelaksanaan skim SolaRIS adalah rebat tunai sekali sahaja sebanyak RM1,000.00 per kWac sehingga maksimum RM4,000.00 untuk pelanggan NEM Rakyat.
Pembayaran rebat akan dipindahkan ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar selepas menerima emel daripada TNB bagi permohonan skim SolaRIS.
Boleh, pelanggan dibenarkan memasang bateri sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority. Walaubagaimanapun, pelanggan digalakkan menggunakan Program NEM bagi menggantikan bateri untuk menyimpan lebihan tenaga dijana solar.
Tenaga yang dihasilkan oleh sistem solar akan dieksport ke grid TNB dan ditukar menjadi kredit dan akan di kontra dengan bil elektrik bulan berikutnya.
Pihak pemasang solar akan memberi cadangan kapasiti yang bersesuaian dengan rumah pelanggan dan pelanggan boleh memohon untuk pengurangan tetapi mestilah tidak kurang dari 4 kilowatt DC bergantung kepada terma dan syarat.