Laman Sesawang Rasmi Program Biodiesel Melaka
Laman Sesawang Rasmi Akademi Teknologi Hijau
Laman Sesawang Rasmi Melaka Bebas Asap Rokok
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Negeri yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia .
Semua jabatan kerajaan negeri, agensi-agensi dan badan-badan berkanun telah diarahkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa teknologi hijau di peringkat organisasi mereka. Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan aplikasi teknologi hijau dan amalan hijau ke dalam setiap budaya kerja organisasi dan amalan dengan tujuan pengurangan karbon dan mitigasi perubahan iklim.
Melaka Green Deveplopment Organisation (MGDO) Pertubuhan Bukan Kerajaan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan peserta industri Melaka dalam industri hijau dan pembangunan. Sebagai inisiatif perkongsian pintar, organisasi ini pada mulanya ditaja oleh Kerajaan Negeri Melaka sehingga penubuhan rasminya.
Ini adalah laman sesawang rasmi Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka. Anda boleh melayari laman ini untuk maklumat lanjut.