FORGOT YOUR DETAILS?

GREEN CAMP

Pengenalan

Program Green Camp Negeri Melaka merupakan program tahunan anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sejak tahun 2018 bertujuan untuk memupuk dan memelihara bumi dengan membudayakan amalan teknologi hijau di peringkat akar umbi. Program yang diadakan secara eksklusif ini merupakan tanda sokongan terhadap pendidikan berkualiti dalam agenda Sustainable Development Goals (SDG).

Program Green Camp mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) sejajar dengan keperluan aplikasi asas dan pembelajaran dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, program ini juga turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran memulihara alam semula jadi dan membina pengetahuan kepentingan ekosistem, biodiversity dan isu semasa yang melibatkan alam sekitar.

Program ini menyasarkan penglibatan penyertaan daripada:
  • Pelajar Sekolah Rendah
  • Pelajar Sekolah Menengah
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Objektif

  1. Memupuk nilai kepentingan menjaga ekosistem dan alam sekitar
  2. Melahirkan generasi pemangkin ke arah pembudayaan amalan hijau
  3. Mendidik pelajar menangani impak dan permaslahatan berkaitan alam sekitar dengan aplikasi sains, teknologi dan inovasi
  4. Membuka peluang kreativiti pelajar menghasilkan produk daripada bahan kitar semula
  5. Platform pendidikan kelestarian secara kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat Penyertaan

Tahun Sesi Sekolah Jumlah Pelajar
2018 1 Rendah 80
2 Menengah 71
2019 1 Rendah 24
Menengah 16
2022 1 Rendah 60
2023 1 Rendah 53
2 Menengah 63

TOP