PRA-RUNDINGAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (ELECTRIC VEHICLE CHARGING BAY - EVCB)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)
Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik ini telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara Kali Ke-42 Bil.2/2023 pada 18 September 2023.
Negeri Melaka telah menggunapakai Garis Panduan ini bermula dari 19 Oktober 2023. Justeru, segala pembangunan petak pengecasan kenderaan elektrik di Melaka perlu mematuhi garis panduan ini.
FUNGSI PTHM
PTHM merupakan penyelaras proses pra-rundingan bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) di Negeri Melaka. Semua permohonan EVCB perlu melalui PTHM sebelum dikemukakan dalam sistem OSC PBT.