PTHM TERIMA ANUGERAH STATES INNOVATION AWARDS WAKILI NEGERI MELAKA DI IGEM 2023
PTHM menerima anugerah tempat Ketiga States Innovation Awards mewakili booth inisiatif teknologi hijau negeri Melaka di IGEM 2023.
Anugerah di sampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim.
Booth mengetengahkan inisiatif teknologi hijau di Negeri Melaka serta mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 dan acara Smart Melaka.
IGEM merupakan acara perdagangan untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko yang terkemuka di Asia Tenggara anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang berlangsung selama tiga hari dan disertai syarikat-syarikat terkemuka yang memenuhi lebih 400 reruai pameran.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PTHM dan juga Negeri Melaka
- Published in Berita
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗚𝗥𝗜𝗗 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Negeri Melaka telah dipilih antara 28 bandar dari 11 buah negara di dunia sebagai lokasi pelaksanaan Projek Demonstrasi Grid Pintar. Projek ini adalah di bawah Program GEF6 Sustainable City Development dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sebagai penyelaras di peringkat negeri dengan kerjasama erat pihak Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan TNB Research.
Pelaksanaan projek Demonstrasi Grid Pintar ini melibatkan 3 Fasa. Projek ini merupakan projek rintis yang melibatkan integrasi dalam talian merangkumi penjanaan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu, stesen pengecas kenderaan elektrik, sistem bateri, bangunan cekap tenaga dan meter elektrik pintar.
Sesi penerangan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pemegang taruh yang berpotensi untuk menjayakan projek ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan institut pengajian tinggi. Manfaat yang akan diterima oleh pengguna adalah dapat memantau
(monitor) dan menguruskan (manage) penggunaan
tenaga harian dengan lebih efisien dan cekap.
- Published in Berita
Kunjungi Booth Pameran PTHM di IGEM 2023
Kunjungi booth pameran PTHM di IGEM 2023 bertempat di booth 1028 di Hall 1, KLCC sepanjang 4-6 Oktober ini.
Mewakili Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkenalkan pelbagai produk dan inisiatif teknologi hijau yang telah dan akan dilaksanakan di Negeri Melaka. Turut dipromosikan Smart Melaka Internantional Conference & Expo 2023 (SMIX 2023) yang akan berlangsung pada 12-15 Oktober yang bertempat di Dewan MITC, Melaka serta Tahun Melawat Melaka 2024.
- Published in Berita