Di booth PTHM juga, YB Fairul Nizam Roslan Along (Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital) mengiringi YB Tuan Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi) turut menyaksikan sesi pertukaran surat hasrat (Loi) membabitkan PTHM dan Syarikat Pendingin Megajana Sdn Bhd yang berhasrat menjayakan matlamat pelaksanaan Pembangunan Sistem Penyejukan Berkelompok, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Tenaga Boleh Baharu di Negeri Melaka.