PENSIJILAN HIJAU

Garis Panduan Meterai Hijau Melaka merupakan alat penarafan bangunan hijau yang telah diperkenalkan sejak Februari 2012 di Melaka. Garis Panduan ini telah dirangka oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bersama Melaka Green Development Organisation (MGDO). Garis Panduan Meterai Hijau Melaka dirangka dengan mengandungi pendekatan pelan perancangan holistik dan mempunyai ciri – ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Garis panduan ini juga berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan Uniform Building By Law (UBBL).
