Seluruh warga PTHM mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Seluruh warga PTHM mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atas kejayaan Anugerah:
1. Green World Award untuk Environmental Improvement Carbon Reduction in Goverment Global Gold Winner 2023 for Melaka Low Carbon City (MLCC).
2. Green World Award 2023 Sustainable Development in Goverment Global Silver Winner for Melaka Historic City Council Malaysia.
Anugerah ini telah disampaikan di Holiday Inn-Miami International Airport Amerika Syarikat pada 24 April yang lepas oleh The Green Organisation. Anugerah tersebut telah diterima oleh TPr. Puan Zuhaila binti Ahmad Zubel, Pengarah Perancangan Bandar mewakili YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman Datuk Bandar MBMB.
- Published in Berita
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
YAB DATUK SERI AB RAUF BIN YUSOH
DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI: KETUA MENTERI MELAKA KE-13
Ikhlas Daripada :
Ketua Pegawai Eksekutif dan Seluruh Warga Kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
- Published in Berita
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
kepada:-
YB DATUK SERI UTAMA HJ. SULAIMAN BIN MD ALI
diatas curahan jasa bakti sepanjang tempoh berkhidmat sebagai :- KETUA MENTERI MELAKA KE-12
Naik Pedati pergi bertapa,
Meredah Pepohon Jalan Beriringan,
Jasa dan bakti tidak dilupa,
Seribu tahun jadi kenangan
- Published in Berita
Kursus Amalan Hijau dan Lawatan Ke Bandar Hijau
Penganjuran Kursus Amalan Hijau dan Lawatan Ke Bandar Hijau anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah mendapat penyertaan seramai 35 orang dari 10 agensi kerajaan dalam Negeri Melaka, 6 jabatan kerajaan luar Negeri Melaka dan 5 industri tempatan di dalam negeri ini.
Kursus Amalan Hijau & Lawatan ke Bandar Hijau ini telah disempurnakan pada 20 & 21 Mac 2023 (Isnin & Selasa) bertempat di Hotel Ibis Melaka dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Hj Hasim , Ketua Pegawai Eksekutif PTHM. Kursus ini menfokuskan kepada 3 topik utama iaitu Pengenalan kepada Teknologi Hijau & Perubahan Iklim, Pengurusan Sisa & Penjimatan Air dan Penjimatan Elektrik & Perolehan Hijau.
Topik-topik ini telah dikupas dan diberi pendedahan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Siti Rohana Binti Omar, yang merupakan pensyarah senior yang pakar dalam bidang Pengurusan Persekitaran serta merupakan salah seorang pengurus tenaga bertauliah di bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) dan beliau merupakan Ketua Bahagian Amalan Hijau, Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Selain itu, bagi skop penjimatan tenaga & perolehan hijau pula mandat telah diberikan kepada penceramah Encik Mohamed Hafiz Bin Md Isa yang juga merupakan Pensyarah Teknikal dan Pengurusan Persekitaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Menariknya, beliau merupakan sosok tubuh yang telah ditauliahkan sebagai Juruaudit Industri Hijau serta Juruaudit Tenaga.
- Published in Berita
Majlis Melafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengadakan Malam Anugerah Hijau Melaka 2022 (AHM 2022). AHM 2022 merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta yang turut terlibat dalam melaksanakan teknologi hijau di Melaka. AHM 2022 telah dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin (EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi).
- Published in Berita
Kunjung Hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka
Kunjung Hormat kepada Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di MBMB oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PTHM. Turut serta kunjung hormat tersebut adalah Pn Aeisha binti Md Sharip, Pengarah PTHM, Pn Nurliana binti Zainul Adnan, Timbalan Pengarah Bangunan dan Bandar, Cik Faiqah Nadhirah binti Faizol, Timbalan Pengarah Tenaga dan En Mohammad Haziq Aslah bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Korporat.
- Published in Berita
Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)
Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PTHM. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh semua Pegawai dan Penolong Pegawai PTHM. Mesyuarat dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama PTHM.
- Published in Berita
Kunjung Hormat kepada YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh
Kunjung Hormat kepada YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh , EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan di Seri Negeri oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PTHM. Turut serta kunjung hormat tersebut adalah Pn Aeisha binti Md Sharip, Pengarah PTHM, Pn Nurliana binti Zainul Adnan, Timbalan Pengarah Bangunan dan Bandar, Cik Faiqah Nadhirah binti Faizol, Timbalan Pengarah Tenaga dan En Mohammad Haziq Aslah bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Korporat. Tujuab kunjung hormat tersebut adalah bagi membentangkan berkenaan cadangan potensi perniagaan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).
- Published in Berita
Malam Anugerah Hijau Melaka 2022
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah mengadakan Malam Anugerah Hijau Melaka 2022 (AHM 2022). AHM 2022 merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta yang turut terlibat dalam melaksanakan teknologi hijau di Melaka. AHM 2022 telah dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin (EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi).
- Published in Berita