FORGOT YOUR DETAILS?

PRA-RUNDINGAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (ELECTRIC VEHICLE CHARGING BAY - EVCB)

PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK NEGERI MELAKA

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 3/2023 bersetuju melantik Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) sebagai penyelaras bagi proses pra-rundingan bagi melaksana dan menyelaras permohonan pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) sebelum permohonan tersebut dikemukakan di dalam sistem OSC Pihak Berkuasa Tempatan


GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

Garis Panduan Perancangan (GPP) EVCB telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara Kali Ke-42 Bil.2/2023 pada 18 September 2023. Bagi tujuan penyelarasan di peringkat negeri, GPP ini juga telah diangkat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2023 pada 19 Oktober 2023.

Mesyuarat bersetuju terhadap Garis Panduan Perancangan (GPP EVCB) dan Prosedur Permohonan Pemajuan untuk disuai pinda dan diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Melaka dan semua PBT di Negeri Melaka.

BILANGAN LOKASI EVCB SEDIA ADA DI NEGERI MELAKA

PBT LOKASI AC DC JUMLAH KESELURUHAN
Image 1 33 81 18 163
Image 1 15 33 10
Image 1 7 5 13
Image 1 8 1 2


PRA RUNDINGAN

PEMUTIHAN

Proses pemutihan adalah bertujuan membolehkan pembangunan struktur EVCB yang telah di bina sebelum Garis Panduan EVCB ini terpakai disahkan dan diiktiraf pembinaannya.

Tarikh akhir : 19 Oktober 2025

PERMOHONAN BARU

Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara Kali Ke-42 Bil.2/2023 pada 18 September 2023. Bagi tujuan penyelarasan di peringkat negeri, GPP ini juga telah diangkat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2023 pada 19 Oktober 2023.

Mesyuarat bersetuju terhadap GPP EVCB dan Prosedur Permohonan Pemajuan untuk disuai pinda dan diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Melaka dan semua PBT di Negeri Melaka.

GPP EVCB ini disediakan bagi memandu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua agensi berkepentingan dalam merancang tata letak, mereka bentuk dan penetapan perancangan penyediaan EVCB khususnya di dalam Negeri Melaka. Ia digunakan sebagai panduan dalam membuat pertimbangan semasa permohonan.

GPP ini juga disediakan bagi mencapai sasaran EVCB di setiap negeri bagi merealisasikan sasaran 10,000 EVCB menjelang 2025. Sasaran yang telah ditetapkan bagi Negeri Melaka adalah 350 ECVB menjelang 2025.

CARTA ALIR PEMOHONAN

RUJUKAN FI PRA RUNDINGAN PEMBANGUNAN EVCB DI NEGERI MELAKA

MUAT TURUN DOKUMEN

Bil. Kenyataan Muat Turun
1 Senarai Semak Pemutihan
2 Buku Panduan EVCB
3 Borang A - Perakuan Arkitek (UKBS)
4 MBMB- Senarai Semak Bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik
5 MPHTJ- Senarai Semak Bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik
6 MPJ- Senarai Semak Bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik
7 MPAG- Senarai Semak Bagi Permohonan Pembangunan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik
8 MBMB- Borang Data Perlindungan
9 Self Compliance Declaration
10 ePremis Bomba - Permohonan Perakuan Keselamatan Kebakaran (PKK)(Pemohon)

TOP