
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan sebuah program komuniti yang dinamakan Program ‘Singgit Seposen’ dimana ianya dijalankan secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) dengan konsep Scan, Drop dan Pay. Program ini merupakan pembelian sisa minyak masak, fabrik dan barangan elektronik yang terpakai daripada orang awam. Selain dari menjaga alam sekitar program ini juga bertujuan untuk mengurangkan sisa di tapak pelupusan sampah dan mendidik orang awam untuk menguruskan sisa buangan dengan lebih teratur.
Terdapat tiga (3) jenis sisa yang boleh dijual iaitu sisa minyak masak, sisa fabrik dan sisa elektronik. Harga pembelian bagi sisa minyak masak ialah RM1.00 sekilogram (RM 1.00 / kg), sisa elektronik RM 0.20 sekilogram (RM 0.20 / kg) manakala sisa fabrik berharga RM 0.10 sekilogram (RM 0.10 / kg).
Terdapat juga sesi taklimat berkaitan pengurusan sisa E-waste, fabrik, minyak masak terpakai, beberapa pameran dari agensi berkaitan dan pelbagai gerai jualan telah dijalankan di dalam program ini.
Program “Singgit Seposen” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ar. Hj. Ismail bin Hj.Othman, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna dan disaksikan oleh YBhg Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.