PROJEK
- MESYUARAT MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MELAKA
- LAPORAN INVENTORI PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU MELAKA
- PENSIJILAN METERAI HIJAU MELAKA (MHM)
- ANUGERAH HIJAU MELAKA (AHM)
- INISIATIF PEMASANGAN SOLAR ROOFTOOP
- PROJEK KECEKAPAN TENAGA
- TEKNOLOGI TANPA BAHAN KIMIA (DéScale)
- BUGGY ELEKTRIK
- LADANG SOLAR I2
- SISTEM PENYEJUKAN BERKELOMPOK
- PROJEK DEMONSTRASI GRIS PINTAR
Program Pembangunan Kapasiti dan Kesedaran Pensijilan Bangunan Hijau yang dibiayai oleh Global Environment Facility – (GEF-6) mensasarkan 4 skop iaitu:
- Membangunkan modul latihan Meterai Hijau Melaka.
- Melantik 30 orang panel penilai bagi menjalankan penilaian bangunan hijau.
- Menganjurkan program kesedaran bangunan hijau
- Mengadakan program perkongsian inisiatif bangunan hijau bersama negeri lain.
Pengenalan
Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Melaka merupakan satu Jawatankuasa yang membincangkan dan melaporkan status pelaksanaan projek, program dan aktiviti hijau di negeri Melaka. Mesyuarat ini telah wujud sejak tahun 2011 dan dipengerusikan oleh YB EXCO Jawatankuasa Negeri Pendidikan dan Teknologi. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) berperanan sebagai sekretariat Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Melaka. Ahli Jawatankuasa mesyuarat ini terdiri daripada:
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
- Unit Kerajaan Tempatan (UKT)
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
- Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Lembaga Perumahan Melaka
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Jabatan Perhutanan Negeri Melaka
- Solid Waste Management & Public Cleansing Corporation (SWCORP)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Tenaga Nasional Berhad Melaka (TNB)
- Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
- SWM Environment Sdn Bhd (SWM)
- Panorama Melaka Sdn Bhd

Pada persidangan United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), Conference of Parties – 15 (COP 15) yang telah diadakan di Copenhagen, Denmark pada 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat sukarela negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau.
Pada persidangan UNFCCC COP – 21 di Paris, Perancis, Malaysia dan 195 negara parti kepada UNFCCC telah menerima Perjanjian Paris bertujuan untuk menangani isu perubahan iklim global dalam jangka masa panjang.
Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau atau lebih dikenali dengan Greenhouse Gases (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% pada tahun 2030 berbanding intensiti pada tahun 2005.
Kerajaan Negeri Melaka turut berhasrat untuk menurunkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan.
Melaka telah menghasilkan Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Hijau dengan merujuk kepada garis panduan antarabangsa iaitu Global Protocol for Community-Scale Green House Gas Emission Inventories (GPC) dan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).

Garis Panduan Meterai Hijau Melaka merupakan alat penarafan bangunan hijau yang telah diperkenalkan sejak Februari 2012 di Melaka. Garis Panduan ini telah dirangka oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bersama Melaka Green Development Organisation (MGDO). Garis Panduan Meterai Hijau Melaka dirangka dengan mengandungi pendekatan pelan perancangan holistik dan mempunyai ciri – ciri asas kepada pembinaan sesebuah bangunan hijau. Garis panduan ini juga berasaskan Panduan Kecekapan Tenaga MS1525 dan Uniform Building By Law (UBBL).

BANGUNAN YANG TELAH MENERIMA PENSIJILAN METERAI HIJAU MELAKA
Sehingga kini terdapat 5 buah bangunan yang telah menerima pensijilan Meterai Hijau Melaka. Bangunan – bangunan tersebut adalah seperti berikut :
- Kings Green Hotel (23 Mac 2015)
- Bangunan Kawal Selia Solar (25 November 2015)
- Bangunan Vista Alamanda, Majlis Perbandaran Jasin (16 November 2016)
- Bangunan Pentadbiran & Dewan Citra Kasih, Yayasan Melaka (28 Jun 2018)
- Rumah Citra Kasih, Yayasan Melaka (15 Oktober 2020)

Pengenalan
Anugerah Hijau negeri Melaka merupakan satu platform pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi, institusi, kerajaan dan swasta serta komuniti yang terlibat dalam melaksanakan inisiatif teknologi hijau di negeri Melaka. Anugerah Hijau Melaka dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) selaku agensi yang bertanggungjawab sebagai peneraju teknologi hijau di negeri ini. Anugerah ini telah dianjurkan sejak tahun 2015.
Objektif
- Memberi pengiktirafan kepada agensi, institusi kerajaan dan swasta serta komuniti yang melaksanakan amalan teknologi hijau.
- Menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan institusi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan amalan teknologi hijau.
- Membudayakan amalan teknologi hijau kepada semua peringkat usia.
- Mempromosikan pelaksanaan teknologi hijau di negeri Melaka.
Kategori Anugerah Hijau Melaka 2022
- Kategori Pembudayaan Hijau
- Kategori Projek Hijau
- Kategori Inovasi Hijau
- Kategori Program Komuniti Hijau
Muat Turun
- Projek bumbung solar mensasarkan 10% hingga 20% penjimatan kos penggunaan tenaga.
- Pelaksanaan secara berperingkat sedang dijalankan di bangunan-bangunan seperti berikut:
- Bangunan Kerajaan
- Kilang & Industri
- Masjid
- Sekolah
- Bangunan Kerajaan
- Kilang & Industri
- Masjid
- Sekolah
Usaha sama telah dilaksanakan dan Kontrak Kecekapan Tenaga atau Energy Performance Contract (EPC) telah dilengkapkan di 3 buah bangunan kerajaan negeri seperti:
- Wisma Negeri
- Melaka Sentral
- Hospital Pakar Putra
Berdasarkan laporan pemantauan, penjimatan tenaga bagi ketiga – tiga bangunan adalah seperti berikut:
BANGUNAN | PENJIMATAN TENAGA (%) |
---|---|
Wisma Negeri | 29% |
Melaka Sentral | 18% |
Hospital Pakar Putra | 33% |
- Teknologi terkini yang membantu menghapuskan penggunaan bahan kimia berbahaya di dalam sistem penghawa dingin berpusat (HVAC System).
- Penggunaan produk ini juga tidak akan mengganggu operasi sistem sedia ada malah dengan kosnya yang amat minimum dapat membantu dalam:
- Mengurangkan kos penyelenggaraan
- Mengurangkan bil elektrik
- Mencegah pembentukan mineral keras
- Mengurangkan pembuangan sisa kimia
- Mengurangkan kos penyelenggaraan
- Mengurangkan bil elektrik
- Mencegah pembentukan mineral keras
- Mengurangkan pembuangan sisa kimia
