EART HOUR : 60 MINIT YANG BERHARGA UNTUK BUMI
Earth Hour merupakan kempen global yang menyatukan komuniti bagi melindungi alam dengan menutup lampu selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk kesejahteraan kehidupan yang lebih mampan.
Pada 8.30 – 9.30 malam ini, marilah kita beramai-ramai padamkan lampu dan matikan semua suis peralatan elektrik yang tidak digunakan sempena sambutan Earth Hour.
- Published in Berita
LAWATAN KE TESLA MALAYSIA
Sesi perbincangan berkaitan Sistem Pengecas Kenderaan Elektrik dan pandu uji kenderaan elektrik TESLA model Y bersama En Amzar Mohd Nor wakil TESLA Cyberjaya.
- Published in Berita
Selamat Menyambut Hari Air Sedunia
Selamat Menyambut Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2024.
Pelihara sumber air dan hargai kepentingan air bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan kehidupan bersama. Water for Peace
- Published in Berita
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN AL-MUBARAK 1445H/2024M
Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Ikhlas daripada seluruh warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka
- Published in Berita
TERIMA KASIH TUAN TS. NORAMIRUL NIZAM BIN KAMIS
Seluruh warga kerja Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Ts. Noramirul Nizam bin Kamis atas segala sumbangan tenaga, idea dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM.
Semoga diberi kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan kepada Tuan Ts. Noramirul Nizam. Semoga Maju Jaya!
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT KE YAYASAN HIJAU MALAYSIA
Kunjung hormat ke atas YBrs. Dr Nurul Muiz Bin Murad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bagi membincangkan potensi dan peluang kerjasama bagi program-program teknologi hijau untuk dilaksanakan di negeri Melaka.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA KE MERIAHTEK (M) SDN. BHD.
Mengadakan lawatan kerja ke kilang Meriahtek (M) Sdn Bhd di Taman Teknologi Cheng diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ts. Mohd Hafizam Mustaffa bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JAS), Tuan Rosli Bin Mustafa.
Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Jason Yee Pengarah Eksekutif Meriahtek (M) Sdn Bhd memberi pendedahan mengenai pemprosesan kitaran semula barangan elektrik terpakai seperti telefon bimbit, peralatan komputer, televisyen dan pelbagai lagi.
Setakat ini, usaha Meriahtek (M) Sdn Bhd mewujudkan 2 buah pusat pandu lalu pengumpulan sisa elektronik di Melaka iaitu di Aeon Mall Bandaraya Melaka dan Lotus Melaka Cheng mendapat sambutan sangat baik daripada orang ramai. Harapan PTHM agar dengan kerjasama erat ini, usaha untuk mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan sisa elektronik di Melaka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di Melaka khususnya terhadap cara pengurusan barangan elektrik dan elektronik terbuang secara lestari dapat dilaksanakan.
- Published in Berita
MAJLIS PELANCARAN PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU (DRIVE THRU RECYCLING CENTRE)
YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana telah merasmikan P๐๐๐ฎ๐ ๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ ๐๐ฎ๐น๐ (๐๐ฟ๐ถ๐๐ฒ ๐ง๐ต๐ฟ๐ ๐๐๐ฐ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ) yang menyediakan pusat pengumpulan sisa makanan bertempat di ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd, Taman Perindustrian, Taman Tasik Ayer Keroh.
Inisiatif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd. ini menjadikan Melaka sebagai negeri pertama memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) dengan penyediaan kemudahan pembelian sisa makanan pada harga 10 sen sekilogram.
Kutipan sisa makanan tersebut seterusnya diuraikan menerusi lalat askar hitam yang menghasilkan larva untuk diproses menjadi sumber makanan kepada haiwan ternakan serta turut diproses dijadikan baja organik dalam industri pertanian.
Turut hadir bersama, YB Tuan Kerk Chee Yee, ADUN Kawasan Ayer Keroh, YB Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana, YBhg. Dato Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ybhg. Datuk Tan Kim Hin, Pengarah ArusV Greentech dan YBhg. Datin Sapiah bin Haron, YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Semoga inisiatif ini menyumbang kepada pembangunan bandar mampan serta memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal dengan baik dan mesra alam.
- Published in Berita
PERBINCANGAN PTHM SEBAGAI PENYELARAS PROSES PRA RUNDINGAN BAGI PEMBANGUNAN PETAK PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB) BERSAMA PLAN MALAYSIA
PTHM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ts. Mohd Hafizam mengadakan perbincangan berkaitan proses pra rundingan petak pengecas kenderaan elektrikย (EVCB) bagi Negeri Melaka.
- Published in Berita
KURSUS HIJAU ANJURAN PTHM
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan menganjurkan kursus untuk semua penjawat awam dan swasta seluruh Malaysia.
Yuran kursus boleh dituntut semula jika jabatan / syarikat anda mencarum dengan HRDCorp.
PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK KURSUS BULAN MAC 2024
๐ญ)
KURSUS PEMBUDAYAAN AMALAN HIJAU
Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)
Yuran : RM 250.00 seorang
Tempat : Dewan Zamrud, Wisma Negeri,
Ayer Keroh, Melaka.
HRDCORP CLAIMABLE
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung terus dengan urusetia seperti link di bawah
https://wasap.my/+6018-3991158 /KURSUSHIJAUPTHM_7MAC
( Pn. Fatihah )
https://wasap.my/+60196523524 / KURSUSHIJAUPTHM_7MAC
(En.Haqimi)
. Tel Pejabat : 06-333 3333 samb. 5247
- Published in Berita