SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

Portal Rasmi

TALIAN ONCC : +606 333 3333
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Latar Belakang
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Lokasi
    • Piagam Pelanggan
  • SEKTOR
    • Gas Rumah Hijau
    • Kecekapan Tenaga
      • Projek Kecekapan Tenaga
      • Projek Demonstrasi Grid Pintar
    • Tenaga Boleh Baharu
      • Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Di Melaka
      • Projek Bumbung Solar
    • Pengangkutan Hijau
      • Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik
      • Inisiatif Pembangunan Pengecas Kenderaan Elektrik
      • Pra-Rundingan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik – EVCB
    • Ekonomi Kitaran
    • Pendidikan dan Kesedaran
      • Kursus Pembangunan Hijau
      • Program Pendidikan dan Kesedaran Hijau
  • MEDIA
    • Video
    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Penerbitan
  • Home
  • Berita
  • Archive from category "Berita"
  • Page 2
July 8, 2025

Category: Berita

LAWATAN KERJA KE MERIAHTEK (M) SDN. BHD.

Thursday, 29 February 2024 by melakagreentech

Mengadakan lawatan kerja ke kilang Meriahtek (M) Sdn Bhd di Taman Teknologi Cheng diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ts. Mohd Hafizam Mustaffa bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JAS), Tuan Rosli Bin Mustafa.

Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Jason Yee Pengarah Eksekutif Meriahtek (M) Sdn Bhd memberi pendedahan mengenai pemprosesan kitaran semula barangan elektrik terpakai seperti telefon bimbit, peralatan komputer, televisyen dan pelbagai lagi.

Setakat ini, usaha Meriahtek (M) Sdn Bhd mewujudkan 2 buah pusat pandu lalu pengumpulan sisa elektronik di Melaka iaitu di Aeon Mall Bandaraya Melaka dan Lotus Melaka Cheng mendapat sambutan sangat baik daripada orang ramai. Harapan PTHM agar dengan kerjasama erat ini, usaha untuk mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan sisa elektronik di Melaka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat di Melaka khususnya terhadap cara pengurusan barangan elektrik dan elektronik terbuang secara lestari dapat dilaksanakan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PELANCARAN PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU (DRIVE THRU RECYCLING CENTRE)

Tuesday, 27 February 2024 by melakagreentech

YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana telah merasmikan P???? ????? ?????? ????? ???? (????? ???? ??????? ??????) yang menyediakan pusat pengumpulan sisa makanan bertempat di ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd, Taman Perindustrian, Taman Tasik Ayer Keroh.

Inisiatif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan ArusV Greentech (M) Sdn. Bhd. ini menjadikan Melaka sebagai negeri pertama memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) dengan penyediaan kemudahan pembelian sisa makanan pada harga 10 sen sekilogram.

Kutipan sisa makanan tersebut seterusnya diuraikan menerusi lalat askar hitam yang menghasilkan larva untuk diproses menjadi sumber makanan kepada haiwan ternakan serta turut diproses dijadikan baja organik dalam industri pertanian.

Turut hadir bersama, YB Tuan Kerk Chee Yee, ADUN Kawasan Ayer Keroh, YB Tuan Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana, YBhg. Dato Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ybhg. Datuk Tan Kim Hin, Pengarah ArusV Greentech dan YBhg. Datin Sapiah bin Haron, YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Semoga inisiatif ini menyumbang kepada pembangunan bandar mampan serta memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal dengan baik dan mesra alam.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERBINCANGAN PTHM SEBAGAI PENYELARAS PROSES PRA RUNDINGAN BAGI PEMBANGUNAN PETAK PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB) BERSAMA PLAN MALAYSIA

Friday, 23 February 2024 by melakagreentech

PTHM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ts. Mohd Hafizam mengadakan perbincangan berkaitan proses pra rundingan petak pengecas kenderaan elektrik  (EVCB) bagi Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KURSUS HIJAU ANJURAN PTHM

Friday, 23 February 2024 by melakagreentech

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan menganjurkan kursus untuk semua penjawat awam dan swasta seluruh Malaysia.

Yuran kursus boleh dituntut semula jika jabatan / syarikat anda mencarum dengan HRDCorp.

PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK KURSUS BULAN MAC 2024

?)

KURSUS PEMBUDAYAAN AMALAN HIJAU

Tarikh : 7 Mac 2024 (Khamis)

Yuran : RM 250.00 seorang

Tempat : Dewan Zamrud, Wisma Negeri,

                Ayer Keroh, Melaka.

HRDCORP CLAIMABLE

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung terus dengan urusetia seperti link di bawah

https://wasap.my/+6018-3991158 /KURSUSHIJAUPTHM_7MAC

 ( Pn. Fatihah ) 

https://wasap.my/+60196523524 / KURSUSHIJAUPTHM_7MAC

(En.Haqimi)

. Tel Pejabat : 06-333 3333 samb. 5247

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LAWATAN TAPAK KILANG ARUS V GREENTECH (M) SDN BHD

Friday, 23 February 2024 by melakagreentech

PTHM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ts. Mohd Hafizam membuat lawatan ke kilang Arusv Greentech (M) Sdn Bhd. bagi meninjau inisiatif ekonomi kitaran yang sedang dilaksanakan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PELANCARAN EV POWER CHARGING HUB TAHUN 2024

Monday, 19 February 2024 by melakagreentech

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan EV Power Sdn Bhd telah menjalinkan usahasama menyediakan kemudahan Hub Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) melalui pertukaran MOU di Majlis Pelancaran EVPower Charging Hub dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh di Hotel The Concept, Melaka.

Kerjasama MOU dimeterai dalam usaha membangunkan kemudahan petak pengecasan kenderaan elektrik di Negeri Melaka terutamanya di lebuhraya dan jalan-jalan utama yang menghubungkan pusat tarikan pelancong dan kawasan parkir awam di sekitar Negeri Melaka.

Yang hadir sama, YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along, Exco Sains, Teknologi, Invosasi dan Komunikasi Digital; Tuan Ts. Mohd Hafizam bin Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM; dan Tuan Cornelius Ee, Ketua Pegawai Eksekutif EV Power Sdn Bhd.

Pertukaran LOI dan sumbangan 10 unit pengecas motosikal elektrik jenis Interstellar EV AC kepada PTHM antara Superlux Auto dan PTHM turut dijalankan sebagai permulaan bagi meneroka dan mengambil bahagian dalam pembangunan industri dan teknologi motosikal elektrik di negeri Melaka. Sehingga hari ini, terdapat kira-kira 40 lokasi kemudahan pengecas kenderaan elektrik di Melaka dan diharap akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lebuh raya utama, parkir awam dan tempat-tempat tarikan pelancong dari semasa ke semasa.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU

Saturday, 17 February 2024 by melakagreentech

Sekitar penganjuran Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) anjuran MBMB.

Sepanjang tahun 2024, Program pembelian barangan kitar semula secara pandu lalu seumpama ini akan dianjurkan oleh pihak PBT di Melaka. Dapatkan maklumat lanjut dari PBT daerah anda untuk menjual barangan kitar semula.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERBINCANGAN PELAKSANAAN KURSUS-KURSUS HIJAU ANJURAN PTHM

Thursday, 15 February 2024 by melakagreentech

Perbincangan bersama penceramah bagi menambahbaik modul dan penyertaan bagi penganjuran Kursus Pembudayaan Amalan Hijau. PTHM menawarkan beberapa kursus hijau sepanjang tahun 2024 yang terdiri daripada kursus mata dan hrdf claimable.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LARIAN HIJAU KASTURI 2023 / 2024

Thursday, 25 January 2024 by melakagreentech

Mari ramai-ramai sertai Larian Hijau Kasturi 2023 / 2024 pada :

?????? : 27 JANUARI 2024 (?????)

?????? : Taman Rekreasi Durian Daun, Masjid Tanah

???? : 7.00 pagi – 1.00 petang

?????? : https://maps.app.goo.gl/Z8vXQgx389tnR29MA

Kategori Terbuka (lelaki & perempuan)

7km | RM30 |

Finisher medal?

Button badge❇️

Sijil?

Plaque?

Hamper? (Top 20)

Pendaftaran masih dibuka??

https://forms.gle/jWpZwjaMf5Jvd8G18 Jumpa anda di sana!

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MESYUARAT PENYELARASAN PEMASANGAN SISTEM SOLAR DI BUMBUNG BANGUNAN TAPAK TANAH MILIK

Wednesday, 24 January 2024 by melakagreentech

Mesyuarat Penyelarasan Pemasangan Sistem Solar Di Bumbung Bangunan Tapak Tanah Milik Majlis Agama Islam Melaka Bersama Pihak Maim Dan Jaim.

Read more
  • Published in Berita
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Recent Posts

  • SIDANG MEDIA PENGANJURAN ANUGERAH HIJAU MELAKA 2024

    Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada hari ini...
  • SETINGGI – TINGGI TAHNIAH YAB KETUA MENTERI MELAKA

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Da...
  • PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU

    Sekitar penganjuran Program Anda Kitar Kami Bay...
  • SESI LIBAT URUS PENYELARASAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

    Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam ...
  • EART HOUR : 60 MINIT YANG BERHARGA UNTUK BUMI

    Earth Hour merupakan kempen global yang menyatu...

Archives

  • Penafian
  • Peta Laman
  • Soalan Lazim
  • Dasar Keselamatan dan Privasi
  • Hakcipta

© 2024 Hak Cipta Terpelihara. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

TOP