Good News For You Who Are Actively Running
We are pleased to inform you that MIGHT and UNITEN will be organizing a virtual run program called Smart Grid Virtual Run 2021 (SGVR2021) and you are all invited to participate in this program.
Do not miss this opportunity to participate in the running program which will be attended by participants from all over Malaysia!
Join the SGVR2021 and complete your distance within the stipulated period and you will get SGVR2021 jersey, medal, E-bib, and E-certificate for FREE!!
Not only that, you also have the chance to win a variety of exciting prizes for lucky draw and social media contest!!
Details of SGVR2021 are as follow:
– Registration period: 10 May – 31 May 2021
– Running period: 1 June – 30 June 2021
– Categories available: 5 kilometers, 10 kilometers and 21 kilometers.
Click the link below to sign up and for more details! https://sgvirtualrun2021.wixsite.com/sgvr2021
Please feel free to contact us if you need any further information:-
Syazran https://wa.me/60133477715
Aishah https://wa.me/601941104048
#SmartGrid #SmartGridForSmartNation #SmartGridVirtualRun #SGVR2021 #StaySmart #StayActive #StayHealthy #StayFit #StaySafe #KitaJagaKita #itseasygoinggreen #ilovepthm
- Published in Berita, Pengumuman
Tahniah
Ketua Pegawai Eksekutif PTHM serta semua anggota PTHM mengucapkan Tahniah kepada YB Datuk Mohamad Abazafree Bin Mohd Abbas atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Selamat Maju Jaya YB Datuk.
- Published in Berita
Sesi perbincangan bagi pengenalan dan pelaksanaan Projek Kesedaran Grid Pintar
Sesi perbincangan bagi pengenalan dan pelaksanaan Projek Kesedaran Grid Pintar (Smart Grid) di Negeri Melaka 2021.Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaraskan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh rakan kerjasama strategik Projek Kesedaran Grid Pintar di Melaka bagi program-program kesedaran yang telah dirangka sepanjang tahun ini kepada semua masyarakat di Negeri Melaka.
Antara program yang telah dirangka adalah taklimat kesedaran bersama komuniti, pihak swasta dan NGO, Pertandingan Grid Pintar bersama pelajar sekolah dan IPT, Smart Grid Virtual Run dan sebagainya. Program-program yang dirangka adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan kepada masyarakat di Melaka bagi teknologi baru grid pintar untuk pembangunan tenaga mampan yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Perbincangan ini dihadiri oleh wakil daripada UNITEN, Prof. Ir. Dr. Izham Zainal Abidin yang juga merupakan Ketua Projek Kesedaran Smart Grid peringkat Nasional, Dr Zeittey Karmila Kaman, Puan Zurina Ismail dan En Shahrul Suhaimi Ab Shukor. Manakala wakil daripada UTEM ialah Prof. Madya Ir. Dr. Gan Chin Kim dan Ir. Dr. Fairul Azhar Abdul Shukor bersama pensyarah-pensyarah kanan UTEM.Perbincangan ini juga dihadiri oleh semua Ketua Bahagian dan kakitangan Bahagian Korporat PTHM. Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita
Program Sumbangan Bubur Lambuk Anjuran KPTHM
Program Sumbangan Bubur Lambuk Anjuran KPTHM Sempena Bulan Ramadhan 1442H. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka melalui Kelab Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (KPTHM) telah menganjurkan Program Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2021 / 1442H untuk diedarkan kepada orang ramai di Pekarangan Bangunan Wisma Negeri, Ayer Keroh Melaka pada 29 April 2021 (Khamis). Program anjuran kali pertama oleh KPTHM ini menjadi salah satu acara bagi memeriahkan sambutan Ramadan tahun 2021. Program ini juga bertujuan mengeratkan semangat perpaduan antara anggota KPTHM dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat.Aktiviti memasak bubur lambuk telah bermula seawal jam 10 pagi oleh seluruh anggota KPTHM dan edaran bubur lambuk telah di jalankan diketuai oleh Penaung KPTHM, YBhg. Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah pada jam 2 petang.Sebanyak 531 bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai yang terdiri dari warga bangunan Wisma Negeri serta orang awam yang berurusan di Wisma Negeri. Sesi agihan tamat pada jam 4.00 petang.#itseasygoinggreen#ilovepthm
- Published in Berita
Program ‘Singgit Seposen’
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah menganjurkan sebuah program komuniti yang dinamakan Program ‘Singgit Seposen’ dimana ianya dijalankan secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) dengan konsep Scan, Drop dan Pay. Program ini merupakan pembelian sisa minyak masak, fabrik dan barangan elektronik yang terpakai daripada orang awam. Selain dari menjaga alam sekitar program ini juga bertujuan untuk mengurangkan sisa di tapak pelupusan sampah dan mendidik orang awam untuk menguruskan sisa buangan dengan lebih teratur.
Terdapat tiga (3) jenis sisa yang boleh dijual iaitu sisa minyak masak, sisa fabrik dan sisa elektronik. Harga pembelian bagi sisa minyak masak ialah RM1.00 sekilogram (RM 1.00 / kg), sisa elektronik RM 0.20 sekilogram (RM 0.20 / kg) manakala sisa fabrik berharga RM 0.10 sekilogram (RM 0.10 / kg).
Terdapat juga sesi taklimat berkaitan pengurusan sisa E-waste, fabrik, minyak masak terpakai, beberapa pameran dari agensi berkaitan dan pelbagai gerai jualan telah dijalankan di dalam program ini.
Program “Singgit Seposen” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ar. Hj. Ismail bin Hj.Othman, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna dan disaksikan oleh YBhg Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
- Published in Berita
Lawatan tapak bagi Projek Pemasangan Solar Rooftop
Lawatan tapak bagi Projek Pemasangan Solar Rooftop di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka. Lawatan ini disertai oleh En Azahar bin Haji Mohamed (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM). Lawatan ini berlangsung di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka.
- Published in Berita
Iklan Jawatan Kosong
Pegawai Tadbir Gred N41
Kekosongan : 1 sahaja (Kontrak)
Tarikh tutup iklan : 15 Mac 2021
Muat Turun Iklan Jawatan : https://melakagreentech.gov.my/peluang-pekerjaan/
Borang permohonan boleh dibeli dengan harga RM 2.00 (tunai) di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka bermula 01 Mac 2021.
Waktu pejabat sahaja – 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Aras 3, Wisma Negeri, Bandar Mitc, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
(T) 06-333 3333 samb. 5247
(F) 06 – 2324764
(E) [email protected]
(W) https://www.melakagreentech.gov.my
Klik untuk ke Pejabat PTHM : https://goo.gl/maps/FDDs4riLHHp
- Published in Berita
Bengkel Bahasa English telah dihadiri oleh semua anggota Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM)
Bengkel Bahasa English telah dihadiri oleh semua anggota Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan diberi tunjuk ajar dari ODREM Resources and Management Services. Tujuan bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mengasah lagi penggunaan bahasa English dikalangan anggota PTHM. Bengkel ini berlangsung selama empat(4) hari di Bilik Perbincangan PTHM
- Published in Berita
Iklan Sebut Harga Pembelian Komputer Bagi Anggota Perbadanan Teknologi Maklumat (PTHM)
Sebutharga No : PTHM BIL 1/2021
Tajuk : IKLAN SEBUT HARGA PEMBELIAN KOMPUTER BAGI ANGGOTA PERBADANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (PTHM)
Tarikh Buka : 05 Januari 2021 (Selasa)
Tarikh Tutup : 18 Januari 2021 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari
Borang permohonan boleh dibeli dengan harga RM 50.00 (tunai) di Pejabat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka bermula 05 Januari 2021. Waktu pejabat sahaja – 8.30 pagi hingga 4.30 petangPerbadanan Teknologi Hijau MelakaAras 3, Wisma Negeri,Bandar Mitc, Hang Tuah Jaya,75450 Ayer Keroh, Melaka
(T) 06-333 3333 samb. 5247
(F) 06 – 2324764
(E) [email protected]
(W) www.melakagreentech.gov.my
Klik untuk ke Pejabat PTHM : https://goo.gl/maps/FDDs4riLHHp
- Published in Berita
Mesyuarat Pelaksanaan Latihan Pembangunan Insan bagi Projek Grid Pintar
Mesyuarat Pelaksanaan Latihan Pembangunan Insan bagi Projek Grid Pintar (Smart Grid Capacity Building Training) di Negeri Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ketua Pegawai Eksekutif PTHM) dan turut dihadiri oleh Dr NurAzzamudin bin Rahmat dari UNITEN, wakil dari MIGHT, MBMB, MPHTJ, MPJ, MPAG, UPEN, KMB, Gading Kencana, Ever Delicious Food Industri Sdn Bhd, Hektar Property Services Sdn Bhd, CTRM dan IZ Energy Sdn Bhd beserta anggota PTHM. Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PTHM.
- Published in Berita