SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

Portal Rasmi

TALIAN ONCC : +606 333 3333
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Latar Belakang
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Lokasi
    • Piagam Pelanggan
    • Jawatan Kosong
  • SEKTOR
    • Gas Rumah Hijau
    • Kecekapan Tenaga
      • Projek Kecekapan Tenaga
      • Projek Demonstrasi Grid Pintar
    • Tenaga Boleh Baharu
      • Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Di Melaka
      • Projek Bumbung Solar
    • Pengangkutan Hijau
      • Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik
      • Inisiatif Pembangunan Pengecas Kenderaan Elektrik
      • Pra-Rundingan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik – EVCB
    • Ekonomi Kitaran
    • Pendidikan dan Kesedaran
      • Kursus Pembangunan Hijau
      • Program Pendidikan dan Kesedaran Hijau
      • Green Camp
  • MEDIA
    • Video
    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Penerbitan
  • Home
  • Berita
  • Archive from category "Berita"
  • Page 4
September 19, 2025

Category: Berita

PEMBENTANGAN CADANGAN PROJEK SOLAR OLEH SYARIKAT SAMUDRA

Thursday, 11 January 2024 by melakagreentech

Sesi pembentangan cadangan projek solar daripada Syarikat Samudra Engineering bersama Engie Group bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Teknologi Hijau Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada pagi tadi.

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyambut baik cadangan penambahbaikkan yang telah diberikan oleh pembentang dan berharap semoga dapat mencipta peluang untuk bekerjasama demi kelestarian dan kemampanan Negeri Melaka pada masa akan datang.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

??????? ???????? ???????? ???? ???? (???) ?????? ??????

Wednesday, 10 January 2024 by melakagreentech

Pada hari ke-2 Bengkel Kerangka Kewangan Redd Plus (RFF) Negeri Melaka, Latihan Bancian bagi Penilaian Karbon Hutan telah dijalankan dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Aktiviti ini dilaksanakan di Hutan Rekreasi Taman Botanikal Ayer Keroh dan disertai oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MESYUARAT PENYELARASAN BERKAITAN PEMASANGAN SOLAR DI YAYASAN MELAKA DI BAWAH PROJEK DEMONSTRASI GRID PINTAR

Tuesday, 09 January 2024 by melakagreentech

Mesyuarat penyelarasan berkaitan pemasangan solar di bangunan Wisma Yayasan Melaka di bawah Projek Demonstrasi Grid Pintar telah diadakan bersama wakil MIGHT, Yayasan Melaka, TNBR dan PTHM yang bertempat di Function Room, MIGHT Partnership Hub.

Projek Demonstrasi Grid Pintar yang dibiayai Global Environment Facility (GEF6) ini bertujuan untuk menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah bandar lestari melalui langkah-langkah pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan meningkatkan sumber tenaga boleh baharu.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

BENGKEL KERANGKA KEWANGAN REDD PLUS (RFF) NEGERI MELAKA

Tuesday, 09 January 2024 by melakagreentech

YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merasmikan bengkel sempena pelaksanaan Program Eksplorasi Pembangunan Projek Kerangka Kewangan REDD Plus (RFF) anjuran PTHM dan Malaysia Forest Fund (MFF). Bengkel yang dijalankan selama 2 hari ini adalah bagi mempertingkatkan pemahaman agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka mengenai inisiatif kelestarian hutan dan Kerangka Kewangan REDD Plus untuk memperkasakan aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan-hutan di negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS BACAAN ZIKIR DAN TAZKIRAH

Friday, 05 January 2024 by melakagreentech

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Warga PTHM bersama-sama dalam Majlis Zikir dan Tazkirah Jumaat yang dipimpin oleh Ustaz Haji Shahrunnizan bin Haji Hassan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERBINCANGAN MENAMBAHBAIK PENGHASILAN LAPORAN KARBON INVENTORI NEGERI

Thursday, 04 January 2024 by melakagreentech

Perbincangan bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM telah diadakan bagi membincangkan skop kerjasama antara PTHM & MGTC sebagai penasihat teknikal bagi menambahbaik penghasilan Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Kaca Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA SMK HANG TUAH KASTURI

Thursday, 04 January 2024 by melakagreentech

Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim dan pegawai-pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat & Pendidikan Hijau PTHM menerima kedatangan dari SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah Melaka.

Perbincangan berkaitan program kerjasama melibatkan pelajar dan warga Masjid Tanah menerusi program Larian Hijau. Hubungi pihak PTHM untuk sebarang tajaan dan kerjasama untuk pelaksanaan program ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PERBINCANGAN INISIATIF PEMASANGAN STESEN PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK

Monday, 18 December 2023 by melakagreentech

Perbincangan inisiatif pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik di Negeri Melaka bersama syarikat Yinson Greentech Malaysia Sdn Bhd. Inisiatif ini menyokong hasrat Kerajaan dalam mencapai sasaran pembangunan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang tahun 2025!

Read more
  • Published in Berita
No Comments

BENGKEL PENETAPAN KRITERIA ANUGERAH HIJAU 2024

Thursday, 14 December 2023 by melakagreentech

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Hijau Melaka buat Kali ke-7 bagi tahun 2024 (AHM 2024). Sehubungan itu, satu bengkel bersama para panel penilai telah dijalankan bagi membincangankan kriteria-kriteria penilaian permarkahan bagi setiap kategori yang akan dijalankan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PRBINCANGAN DAN PENERANGAN BAGI GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB) DI NEGERI MELAKA

Wednesday, 13 December 2023 by melakagreentech

Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Hasim mempengerusikan sesi perbincangan bagi Garis Panduan Perancangan Petak Pengecas Kenderaan Elektrik (EVCB) di Negeri Melaka bersama wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan PLANMalaysia Melaka. Turut diadakan sesi penerangan Garis Panduan Perancangan EVCB oleh PLANMalaysia Melaka yang diketuai oleh Pengarah, YBrs. TPr. Abdulhan bin Abd Lamit

Read more
  • Published in Berita
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

Recent Posts

  • SIDANG MEDIA PENGANJURAN ANUGERAH HIJAU MELAKA 2024

    Perbadanan Teknologi Hijau Melaka pada hari ini...
  • SETINGGI – TINGGI TAHNIAH YAB KETUA MENTERI MELAKA

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Da...
  • PROGRAM KITAR SEMULA SECARA PANDU LALU

    Sekitar penganjuran Program Anda Kitar Kami Bay...
  • SESI LIBAT URUS PENYELARASAN PEMBANGUNAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)

    Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Ts. Mohd Hafizam ...
  • EART HOUR : 60 MINIT YANG BERHARGA UNTUK BUMI

    Earth Hour merupakan kempen global yang menyatu...

Archives

  • Penafian
  • Peta Laman
  • Soalan Lazim
  • Dasar Keselamatan dan Privasi
  • Hakcipta

© 2024 Hak Cipta Terpelihara. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

TOP